AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Mengajar di pedalaman

Hello semua, sebagaimana anda tahu PISMP merupakan Program IPGM yang membentuk guru pelatih yang tahan lasak. Akhirnya aku mengetahui lokasi sekolah aku. Aku ditempatkan di SK Nanga Ju, Julau. Dalam sudut hati aku terasa tercabar kerana di sana ada guru wanita yang bertahan menghadapi suasana yang jauh dari peradaban & kemodenan. Itu bukan masaalah bagiku, kerana aku sendiri merasakan penggilan suasana hijau itu lebih menenangkan daripada bunyi-bunyi hon kereta di bandar.
SK Nanga Ju Julau
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari orang setempat, mereka menyatakan bahawa lokasi sekolah tersebut adalah antara yang terjauh dan sukar dimasuki di bahagian Julau kerana ia harus melalui sungai. Jalan kenderaan hanya sesuai untuk pacuan 4 roda sebelum tiba di jeti berhampiran. Sebagai tambahan, laluan sungai itu (Sungai Maong, Julau )
Peta lokasi sekolah pedalaman. Bhg. A
Peta lokasi sekolah pedalaman. Bhg. B
Ada juga laluan yang menghubungkan sekolah ini dari jalan Entabai Pakan. Namun kos untuk menyewa kenderaan untuk menghantar seseorang ke sana adalah Rm200. Bersedia sajalah... Terbaikkk!!

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...