AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Detik Pertama Menjadi Cikgu Pedalaman


Jeti di Julau
Banyak yang datang hari tu. Balik ke sekolah?
Perjalanan selama 2 jam dari pekan Pakan ke pangkalan jeti di SK Nanga Entabai membuatkan aku terlupa sejenak akan kisah peribadi yang membuka tirai lembaran kehidupan ku yang baru. Jauh dari peradaban bandar aku nekad membawa diri mencari ketenangan dengan berbakti di sebuah sekolah yang paling jauh di Bahagian Julau. SK Nanga Ju, aku menghampirimu.

Perahu yang mana satu akan aku naik?

Cikgu Shamin di depan aku. :-)
Ketibaanku di jeti telah disambut oleh guru PK-1. Cikgu tersebut telah berkhidmat selama 7 tahun di sekolah berkenaan. Kemesraan yang ditunjukkan oleh cikgu tersebut memberi petunjuk bahawa perjalanan ini tidak akan menghampakan ku. Ku yakin sambutan yang hangat dengan tangan terbuka dari anak-anak di SK Nanga Ju sedang menanti ketibaan aku di sana.
Jaga sekolah SJ Nanga Ju a.k.a Pemandu Bot Profesional.
Satu-satunya jaket keselamatan.
Tadi hujan.
Bersama seorang teman yang berasal dari tanah semenanjung. Aku menyusuri sungai yang bersimpang siur dan mencabar untuk dilalui. Biarkan baju temanku itu bercerita tahap kesukaran itu. Jika ditangkap oleh polis pada masa ini, memang kami agak kebasahan ( Tak Lawak Pun ).
Juru pandu yang mahir mengemudi.
Suasana di jati awal pagi tadi masih segar di minda.
Perjalanan selama 3 jam lebih di sungai tersebut sungguh tidak membosankan. Dengan kehijauan dan keunikan pemandangan yang agak baru bagi mataku, ia sedikit sebanyak membuatkan aku lupa akan kisah-kisah perih kehidupan ini.

Semakin dalam, semakin gergasi tumbuhannya.
Setibanya kami di sekolah, kami disambut dengan kehangatan senyuman pihak sekolah. Murid-murid yang kecil berebut membantu kami mengangkut barang ke rumah yang bakal kami duduki. Aku dan rakan ku tidak ditempatkan di bilik yang sama. Kami hanya berjiran dan segalanya baik-baik sahaja.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...