AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Permainan yang hebat

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ini. Aku merupakan generasi 90an kerana ku lahir pada tahun 1988. Teringat pula akan zaman sewaktu kecil dulu. Ingatkah anda akan zaman yang suam-suam kuku dahulu ? takala tiadanya Telefon Pintar apa lagi Komputer? Kita hanya bermain di padang dan ada yang bermain dengan permainan yang dibelikan oleh keluarga tercinta di dalam bilik seorang diri.

Antara mainan yang dihadiahkan kepada saya.
Apa yang hebatnya tentang permainan mereka di sini? Ia mengimbau kembali akan kenangan lalu aku dikala permainan yang mudah sebegini menjana IMAGINASI yang hebat. Kerana sebiji kereta mainan aku dapat membayangkan aku pelumba yang hebat. Kerana sebuah bakul, aku dapat bayangkan itu adalah kapal gergasi untuk dinaiki.

Di dalam kelas mereka belajar bersungguh-sungguh.
Berikut merupakan antara mainan yang aku terima dari murid-murid di sini. Mungkin mereka ingin melihat aku bermain dengan mainan tersebut. Malangnya zaman itu telah berlalu, aku hanya mampu menyimpan ia sebagai koleksi yang menjadi tanda di sini. Imiginasi adalah permainan yang paling hebat, orang dewasa juga sering berimaginasi untuk keseronokan bersama. Hehe.. 

Bermain doktor-doktor.
Demikianlah sedikit kisah dari Sekolah Pedalaman, SK Nanga Ju Julau yang sebaris dengan SK Nanga Maong dan lain-lain sekolah di sunia sungai sini. Terima kasih kerana membaca coretan aku yang malas ini. Salam satu IPG dan Semoga junior2 yang lain berjaya menghasilkan kajian tindakan mereka selepas bulan June ini. Sekian.

=IMAGINASI ADALAH PERMAINAN YANG TERHEBAT=
KERANA IA MENGUBATI REALITI

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...