AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tanyalah Langit dan Bumi

Lirik lagu Wali Band Langit Bumi.

Seiringnya ada langit yang melitupi bumi dan bumi yang menjadi dasar kepada segala yang berputar. Ku luahkan perasaan dalam mengerti lirik sebuah lagu yang dikaryakan oleh Wali Band yang bertajuk Langit Bumi. Sejauh mana dua perkara yang telah kian lama bersatu mampu berjauhan? Seperti langit yang telah menemani bumi sejak wujudnya kehidupan.

Demikianlah perasaan yang wujud jika kita menilik diri kita. Kita tahu langit tak sentiasa tenang dan bumi adakalanya kacau bilau. Memang hidup ini tak akan sempurna kerana kehidupan yang sempurna hanya ada di syurga. Jika diikutkan dengan kemahuan akan kita lakukan yang teringini untuk mengelakkan bencana dalam kisah hidup. Jika kita miliki kuasa, kita sanggup mengubah segalanya sesuai dengan kehendak kita. Andai aku adanya kuasa untuk terbang, akan aku selidiki dunia di sebalik awan dan daratan.

Lagit dan bumi... selimut tebal hatiku.

Aku ingin terbang mengintai insan yang sentiasa menemaniku dari jauh. Mungkin Tuhan sentiasa berusaha menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari semalam. Sejauh mana aku mampu bertahan dalam secawan kopi panas jika aku hanyalah seketul gula? Mungkin aku dikurniakan dengan kesabaran yang amat besar, bukan seketul gula mungkin segantang gula.

Harus disedari bahawa hilang atau terhapus langit dan bumi dikala kiamat nanti, ia tetap ada kerana ia tak akan terhapus sepenuhnya dikala umat manusia masih mengenang keindahannya. Jika kita mengenangkan segala yang indah, maka terubatlah segala yang terkurang. Cinta yang kita sanjung masih ada, semakin kuat. Dikala aku mendongak ke atas dan menyedari kita masih berada di bawah naungan langit yang gah. Menyedari bahawa kita masih ada waktu, dikala tertunduk ke bumi dan menyedari kita masih berdiri di daratan yang sama. Cuma mata ini yang terbatas untuk menikmati manisnya wajahmu.. yang ku lihat hanyalah langit dan bumi. Tanyalah pada mereka, bagaimana indahnya si pujaan ini. Sekian.


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...