AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tentang Perasaan

Ada kalanya kita sendiri tak mengerti permainan yang Tuhan berikan kepada kita. Kita adakalnya menyedari bahawa diri ini terkunci dalam satu kotak yang gelap. Kita lupa untuk membuka mata mencari cahaya. Adakalnya kita mendapati kita terlalu selesa sehingga leka tidak menyedari kita semakin tenggelam dalam lautan perasaan. Namun, dalam diam.. Tuhan menyuap kita dengan titis-titisan kemanisan.

Apakah bisa manusia itu memahami pasangannya 100% ?

Kita sering melatah dan cepat salah sangka jika memikirkan kesilapan seseorang yang istemewa dalam hidup kita. Kerana terlalu ambik berat dan tidak mahu dikecewakan kita mula menjadi terlalu sensetif. Menjadi keliru dan semakin banyak soalan yang mengguriskan. Namun, ingin ku coretkan sedikit luahan hati di sini... segalanya bukan untuk melukakan, melainkan untuk menjernihkan yang keruh.

Adakalanya kita tak perlukan kemaafan, kerana segalanya sudah dimaafkan dari awal lagi.
Tentang perasaan... Wujud atau tak sesuatu yang terindah itu ia tak penting. Kerana kini aku sedari bahawa apa yang penting adalah kesan dan kenangan dari kisah itu. Mungkin ia sesuatu yang pahit, mungkin juga ia sesuatu yang sangat manis. Ia menjadikan kita lebih sedar akan kewujudan itu. Kita mungkin pernah tersilap langkah namun kita masih bernyawa, kita mungkin pernah menangis sehingga berdarah air mata namun kita tidak buta, mungkin pernah jatuh tersungkur remuk segenap tulang namun masih berani berjalan. Kerana sesuatu yang realiti atau fantasi itu terus terpahat di hati.. kerana kita pernah dan telah terjerumus kepada akan indahnya emosi itu.

Akhirnya kita terus menatapi satu sama lain sehingga hujung nafas ini.
Perasaan.. ya, Cinta merupakan satu kuasa. Kuasa yang membuatkan kita tidak mampu membenci dan melawan dalam setiap cobaan yang menduga. Kerana cinta yang sebenar menjadikan kita teramat takut untuk melihat insan yang kita cintai terluka.. jangankan membuatkan dia menangis.. itu sungguh mencalarkan emosiku jika mendengar tangisan dari seseorang yang amat penting dalam jiwa ini.

Tentang perasaan... Tajuk entri kali ini. Mungkin ia tidaklah sesempurna entri-entri yang sebelum ini. Mungkin inilah entri yang sungguh tak berhaluan aku tulis memandangkan aku memejamkan mata dan membiarkan jemariku bermain dengan punat kekunci laptop ini. Apa yang terluah tak mampu aku luahkan dengan ayat dan kata. Ia hanya cebisan kecil emosi yang aku kesali. Mungkin kerana terlalu sibuk mencari jawapan, aku telah menjadi buta kepada jawapan yang sebenarnya ada di depan mata.

Tentang perasaan kita... mengapa harus bersedih jika kita mahu bahagia? Kerana tiada penyesalan atas pertemuan yang Tuhan berikan. Thanks. Ku ingin kembali terbang...

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...