AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

3.00AM Yang Sunyi


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Tidak mahu aku mengatakan bahawa penulisan kali ini adalah penulisan yang paling panjang atau penulisan yang epik di pagi hari. Kerana aku yakin, selepas ini tentu ada penulisan aku yang lebih panjang dari ini. Pagi tadi aku terjaga dari mimpi yang semacam, nak aku kata pelik mimpinya tapi tak juga, memandangkan ia menceritakan tentang kehidupan aku di Miri. Seolah-olah roh aku masih berkeliaran di sekitar kawasan asrama melihat gelagat rakan-rakan di sana. Namun mimpi hanyalah mimpi. Kerana Aku bukanlah jenis yang menyandarkan takdir kepada mimpi atau ramalan, cukup sekadar peneman malam yang sunyi dikala terpejam menunggu matahari menghangatkan bilik kecilku untuk ku terjaga sekali lagi.

3.00 Pagi yang sunyi, 11 Jun 2014. Hanya bertemankan bunyi penghawa dingin yang mengetarkan gegendang telinga, namun tak juga menggetarkan daging dan tulangku. Cukup nyaman suhunya namun terjaga juga aku dari lamunan tidur yang tidak profesional ini. Bantal yang di kepala sudah berada di kaki, anak patung yang bernama Tom juga tidak dirasai hadirnya di kiri dan kananku. Dengan malas aku mengatur semula posisiku. Mengembalikan kepala yang besar ini ke pangkuan bantal empuk di kamarku.


Terasa lenguh leherku takala berbaring diselimuti pekatnya gelap malam. Lenguh itu menjauhkan lagi En.Mimpi mendekatiku. Darimana puncanya lenguh itu? Seolah-olah ada sesuatu yang membelengu tubuhku semasa aku tidur tadi. Mungkin tadi aku telah diculik oleh makhluk asing yang menjadikan aku sebagai bahan penyelidikan mereka? Haha.. atau dengan alasan yang lebih waras, mungkin disebabkan kedudukan tidur yang tak sempurna tadi disebabkan oleh bantal yang pandai berlari-lari menukar posisi.

Aku mulai termenung, memikirkan 9125 hari yang telah aku lalui di dunia ini. Tak lama lagi aku akan melengkapkan 10000 hari, cuma tinggal beberapa tahun lagi. Jauh melayang mindaku menikmati oksigen di pagi buta yang sinyi ini. Sungguh aku mengagumi perjalanan yang aku lalui, minggu ini sahaja aku merasakan diri ini lebih dipercayai. Jarang sudah aku mendengar arahan dari mak dan ayah semasa cuti kali ini, lebih banyak pendapat aku yang mereka pinta. Nampaknya aku harus menyedari zaman kanak-kanak ini kian lenyap ditelan waktu. Kini aku berhadapan dengan pentas Zaman Pekerjaan yang bakal membentuk aku dengan lebih sulit dan teliti.

Melayang jauh namun dekat di dalam hati.
 Terkenangkan kehidupan di IPGKS Miri, seperti baru semalam aku menamatkan pengajian di sana. Kenangan dan kisah di sana banyak mewarnai kanvas kehidupanku. Namun, seri kehidupan ini lebih berwarna sejak kebelakangan tahun terakhir aku di sana. 08.08.2011 adalah tarikh yang sangat penting untuk aku. Jika dilihat penulisan, karya dan kehidupanku, ia semakin berseni selepas tarikh tersebut. Tidak banyak usaha yang diperlukan untuk menjadi sesuatu yang lebih indah, kerana adakalnya usaha tidak memainkan peranan yang besar melainkan perjudian dengan takdir dan rencana-Nya juga satu daripada ganjaran untuk hidup di dunia ini.

Siapa sangka usia kita berlalu dangan sangat laju jika kita berasa bahgia. Sakit mana pun kita menjalani kehidupan di dunia, jika berasa bahagia... segalanya terasa mudah dan sementara. Tak lama sakit itu. Aku yang terbaring sejak 3.00pagi tadi mula menghangatkan otot pipi, tanpaku minta senyuman yang ikhlas telah lahir pada malam yang sunyi itu. Senyuan yang tak berbunyi ditemani riuh rendah memori di hati. Tanpa aku sedari, aku tersenyum bahagia.

Dulu dan kini, masa sememangnya satu perjalanan.
Kini aku sedari, perjalanan yang tercipta bukanlah satu kebetulan melainkan ia satu proses penyemprnaan diri. Mengajar aku mendalami semua nikmat-nikmat perasaan untuk menjadikan aku manusia. Saat ini aku menyedari aku telah menikmati pelbagai perasaan. Rasa seronok zaman Kampus, rasa bahagia zaman remaja, rasa cinta, bangga, puas, berani, marah, tenag, rasa risau pada yang dipuja, rasa selamat, rasa cemburu, rasa mati bila kemalangan yang aku lalui beberapa tahun terdahulu, rasa kecewa dan hampa, rasa menyendiri, rasa bengkit dari jatuhnya jiwa, rasa ingin disayangi dan rasa sunyi di 3.00Pagi. Banyak rasa dan emosi yang telah aku hadapi, namun aku tidak runtuh. Satu kekuatan telah terkumpul di dalam dadaku, membuktikan bahawa segala ini bukanlah dugaan yang meruntuhkan melainkan hadiah-hadian dari Tuhan untuk aku nikmati. Agar aku semakin kuat dan tenang jika menghadapi perjalanan yang serupa.

Mengerti makna sebuah perjalanan.
Banyak cabaran yang aku lalui di hidup ini. Serupa seperti anda dan yang lain. Setiap orang ada masalah yang menemani, hidup ini tidaklah sempurna kerana setiap yang tercipta itu ada batas dan hadnya. Namun Tuhan tahu, maka dibekalkan kita dengan sesuatu yang mampu membawa kita keluar dari setiap dugaan. Aku menyedari diriku menerima anugerah itu pada 08.08.2011, dan kini ia masih menemaniku.

Cuma, dalamnya makna 3.00Pagi yang sunyi. Namun tidak sunyi juga di sebalik hati yang tersenyum bahagia. Ia seolah-olah kata yang mendalam untuk mewakili perasaanku pada zaman dan usia ini. Ibarat 3.00Pagi yang sunyi. Hanya bertemankan bunyi penghawa dingin, dalam gelapnya malam yang nyaman. Terasa ingin ku tidur semula memejamkan mata... Ya, hidup ini seperti 3.00Pagi yang sunyi dan nyaman. Hanya menunggu mentari menunjukkan ruang dunia ini. 

Thanks sebab baca.. (^_^) Aku nak beli kredit phone..hehe..

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...