AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Terima Kasih

Sesuatu yang tak berkesudahan, sesuatu yang terus bergema di sudut hati. Maka tertulislah sebuah penulisan ini. Yang aku yakini hanya seorang saja yang mampu mengerti penulisan ini sepenuhnya. Namun tidak salah jika anda dan yang lain ingin cuba mengertinya.

Sabtu yang lesu menyedarkan aku dari sakitnya fizikal disentap rasa gastrik. Lemah rupanya tubuh duniawi ini dan aku tahu ia tidak akan selamanya kekal di dunia ini. Melangkah menuju almari mengemas baju bersedia untuk membawa diri ke lokasi yang terpencil. Tempat aku menunaikan janji dan tanggungjawab, serta tempat aku bercermin diri sepuas-puasnya dikala kesunyian itu bukanlah sesuatu yang asing lagi. Senyum bahagia menemaniku setelah menikmati nikmat sms dan mms dari telefon tua ini. Perasaan yang lampau mengusik jiwaku, mengetuk segenap ruang hatiku membuatkan aku terjaga sedikit dari kesakitan fizikal ini. Wahai gastrik lenyaplah engkau kerana aku telah menerima sms, wahai muntah hilanglah engkau kerana aku menerima mms, wahai letih dan lesu... pudarlah dikau kerana senyuman dan doa ini.

Tiba-tiba talian telefon terputus, kawasan yang jauh dari bandar sentiasa penuh dengan kejutan. Dan tidak semua kejutan itu indah seperti kejutan sambutan harijadi... tak sempat aku menyatakan sesuatu...

Saatnya hari berganti hari,
Namun memori tidak pernah berganti,
Ia terus membunga menambah ceria,
Ada yang gugur dicantas semula,
Melahirkan pohonan memori yang teratur,
Lebih indah dari semalam,
Lebih penting dari yang terdahulu,
Namun ia tetap sama,
Ia tetap tentang kisah yang serupa,
Saat dulunya ku temukan kata,
Kata yang bisa berbicara akan kebenaran,
Tempat aku melemparkan harapan,
" Dikaulah impian, pencarian, kehalusan "
Yang ku lakukan dari dulu,
Yang ku ulangi selalu,
Sehingga kisah dan memori itu menjadi sesuatu,
Menjadi satu kebiasaan,
Yang tak bisa ku tinggalkan dalam ritual kehidupan,
Aromanya memori sudah sebati,
Ibarat wangian Issey Miyake,
Semakin lama semakin melekat baunya,
Memori yang bisa memeluk aku dikala sunyi,
Menemani aku yang sendiri,
Namun terbatasnya pancaindera,
Apa yang disemai tidak mudah dituai,
Kerana sesuatu yang mudah telah dirumitkan,
Aku terus menyemai pohonan memori dengan rasa percaya,
Berdoa agar berbuah jua dituruti masa,
Setia meneliti ranting-rantingnya,
Melihat daun-daunnya,
Mencari dimana musim buah dan bunga,
Kerana aku kelaparan,
Aku ingin menelan buah yang manis itu,
Sebagai bekalan perasaan,
Meniti kisah terindah dijadikan buah tangan,
Dimasa kita bersua kelak.


Aku tahu kopi bukanlah minuman pilihan dimasa dinner nanti. Tapi, berikanlah aku peluang menghirup minuman kegemaranku di hadapanmu. Akar kelihatan senyuman yang ikhlasnya sepekat kopi hitam. Walaupun kulit aku tak hitam.. Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...