AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Dari Reading kepada Riding ( Membaca kepada Menungang )

Buku kegemaranku Kapcai

Every Month ada gambar baru

Ada promotion juga.

Me and my book.
Membaca adalah amalan yang baik. Ia bukan sahaja membuatkan kita lebih fasih menggunakan bahasa yang kita baca, malahan menjadikan kemahiran berkomunikasi pelbagai aras kita semakin baik. Pembukaan yang baik kali ini, haha.. aku sebenarnya tak rajin membaca buku yang kurang gambar. Namun disebabkan minat terhadap dunia permotoran ( Bike ) maka aku banyak membaca isu-isu terkini berkaitan dengan motorsikal. Antara buku yang aku beli dari dulu adalah kapcai dan moto-moto.

Kelihatan adik di belakang sana.
Namun kali ini, aku telah menaik taraf hobi ini kepada tahap yang lebih realistik. Aku yang menggunakan bike kategori cup telah mampu memiliki kategori super 1000cc dan Off-Road! Syukur akhirnya impian tercapai. Dengan bertemankan CBR1000RR (Fireblade) dan Kawasaki KLX-150 kini aku bolehlah bernafas dengan lebih lega sambil-sambil meneruskan perjuang dalam mengapai impian yang terutama. Thanks God.



Ok, apa pendapat aku tentang CBR1000RR Fireblade?Jawab oi:


Sebelum ini aku dah menulis sedikit sebanyak tentang bike ni. Now aku dah test, dengan bersahaja aku dapat jawab.. bike ini ada 6 gear, gear 1 dapat tarik sampai 120km/j.. agak ringan walaupun kategori 1000cc.. hujung minggu ni aku akan test lagi. Bawa melawat rumah kawan time Hari Raya. ( Boleh terima ke ulasan sesimple ini?)

Pendapatan tentang KLX-150? Pendapatan..pendapat lah:


Inilah bike yang setia menemaniku mencari rezeki di pedalaman, paling kerap diggunakan dan pernah terbang dan bergolek bersamaku. Setelah menggunakannya sekian lama, aku merasakan bike bergear 5 ini sangat selesa bila ditunggang. Jalan berbatu tak ada feel sakit. Kuasa dia mengagumkan, naik bukit bawa orang yang berat macam aku ni masih guna gear 2! Minyak tak bazir dan memang tahan lasak.. 

Sebelum menamatkan penulisan kali ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada insan yang istemewa terutamanya keluarga aku, yang sentiasa menyokong dan menasihati aku dalam berbelanja. Cewahh.. pedas telinga kalau mendengar pakar-pakar ekonomi mula bercakap. Kepada my Setiausaha Tung Tung yang selalu cuba memahami hobbi rider ini, Thanks so muchy. (^_^)

Aku di laluan yang selesa untuk melengkapi puzzle-puzzle hidupku. Thanks God. 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...