AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Genap menghitung rembulan


Perjalanan yang kita lalui seperti satu kisah yang dipentaskan untuk Tuhan. Segenap tindakan kita pasti ada kesannya. Namun jika kita terus berfikiran baik, perjalanan itu akan menjadi sesuatu yang berharga untuk dikenang-kenangkan malahan berbaloi untuk dilalui. Demikianlah dalam menghayati jiwa insan yang penting dalam kehidupan kita. Kita hendaklah sentiasa bersyukur.



Genap menghitung rembulan, demikianlah istilah kali ini bagi menggambarkan sebuah perjalanan yang indah dalam hidup. Kita bukan berlawan menentang peluru, kita sebenarnya berlawan dengan masa yang kian mengunyah jiwa remaja kita. Masa juga menjadikan helaian rambut aku kian berkurangan. Yang hitam juga menjadi putih. Niat terbaik yang aku tanam dalam diriku adalah untuk mendekati sumber cinta sejati. Kerana hidupnya aku bukanlah kerana makanan dan air semata-mata. Kerana sesuatu yang diperjuangkan juga aku terus setia untuk hidup.


Kini di suku usia, aku terus mendonggak langit mencari rembulan. Sebagai tanda bersyukur atas kelahiran semula jiwaku. Diketemukan sengan seseorang yang sangat istemewa serta kisah yang luar biasa. Bukan alasan bagiku untuk mendiamkan diri jika aku berasa bahagia, ia sebagai tanda bersyukur dan gembira dalam menjalani nafas-nafas kehidupan.

Kini sudah berlalu 8.07.2014, seharusnya aku mengutus post ini sesegera, namun disebabkan masalah tertentu aku gagal menyuarakan kebahagiaan di hati ini:

Di malam yang sunyi aku melihat bulan,
Kelihatan 12am hampir menjelma seperti hari-hari sebelumnya,
Namun malam ini sungguh istemewa,
Dikala 7 berganti 8,
Ku menyedai masa kian berlalu pergi,
Membiarkan aku buta namun mampu melihat,
Merempuh alam tanpa batas,
Bertemankan satu nama yang setia penuh cerita,
Namun aku sedar perjalanan ini tidak harus hitam putih,
Aku ingin menjadikan ia bukanlah dongengan,
Indahnya malam ini diterangi anak bulan,
Seperti mengejek aku wahai kau bulan,
Tersenyum melihat aku terbuku di celah dunia,
Janganlah dirimu begitu,
Jadilah dirimu cahaya yang meneranigiku,
Kerana masa telah berbunga,
Aku terus meredah laluanNya,
Genaplah ia kelak,
Agar terbukti rasa dan cinta,
Dengan doa,
Kembalikan mataku untuk melihat dunia,
Lebuh terang dari sebelum ini,
Lebih berwarna dari pelangi,
Mengalahkan TV HD,
Agar aku bahagia sehingga ke tua,
Lalu menerima kedatangan saatku Mati,
Dengan penuh rasa bersyukur,
Selimuti kisah cinta dengan bahagia,
Kerana rembulan sahaja menjadi masa,
Dialah raja novela cinta,
Menjadi titik kronologi bahagia..

Demikianlah yang terlintas dalam jiwa, ia bukanlah semata-mata untuk meluahkan cinta namun tanda ia adalah sebahagian dari nyawa. Apalah erti hidup jika kita berdiri sendiri. Hanya menunggu hari yang berganti, namun aku ada sesuatu yang diperjuangkan. Aku tidak mahu bibir ini sunyi, izinkan aku snyum bahagia.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...