AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Jangan dirimu hilang wahai cinta


Wahai jiwa yang berombak, tenangkan dirimu dengan melafazkan nama yang keramat. Nama yang adakalanya membuatkan masa terhenti, sering juga membuatkan masa berlalu sungguh laju. Bahagianya dalam dan indah. Janganlah dirimu hilang kerana aku adalah sebahagian dari kisahmu dan dirimu adalah nadi kehidupanku. Seiring dengan waktu aku mengingatkanmu, sejenak mengenangkan jutaan langkah yang kita cipta dalam kehidupan yang berasingan. Namun hati kita terus menyatu. Inilah makna cinta dalam kehidupan, ia tidak mengenal akan ruang serta waktu. Seandai satu darinya hilang, maka hilanglah kesinambungan. Seperti kutub bumi yang berpasangan, hancurnya graviti jika satu darinya tiada. Oleh itu, sekali lagi ku seru, cinta janganlah kau hilang.

Akulah degupan yang berdetak,
Nadi yang terus dibelai kelembutan,
Nama dan lagunya seperti sebati menyatu,
Enak didengar seruan degupnya,
Terbias gelombang hati pelangi,
Terbuktilah bahagia semakin bersemi,
Emas dan perak tiada lagi erti.


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...