AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kucing Beracun?

Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca coretan bebas aku malas ni. Memandangkan aku baru sahaja mengalami kejadian yang awful. Maka tertulis lah entry kali ini yang bertajuk. " Kucing Beracun?" Mengapa kucing beracun? Sebab aku telah digigit oleh kucing dengan kejamnya. Namun aku tak terfikir ia mampu merampas hari-hari yang indah di sekolah.

Kerana si Putih

Hari isnin yang lalu, aku belai kucing putih ni seperti biasa. Kalau limpas kelas tahun 2 menag kucing ni selalu ada di depan kawasan rumah. Tidak tahu lah mengapa kali ini dia gigit aku. Mungkin kucing ni nak mengawan tu sebab dia aggressive sikit. Memandangkan aku ni berada di sekolah pedalaman, aku yang pendek akal ni terus menghisap dan membuang darah dari jari aku sebelum mencuci jari ni guna air paip. LUPA bahawa sumber air di sini adalah dari sungai. Kemudian aku menyapu luka tu guna antiseptic.

Sebab terasa lemah semacam, lepas mengajar aku terus terlantar di katil. Tertidur dan lupa untuk makan, sedar-sedar aku bangun jam sudah menunjukkan 8.00pm. Terasa jari telunjuk aku tak dapat dibengkokkan setelah aku cuba mencapai tuala mandi di dinding. Niat aku untuk mandi tidak kesampaian lalu aku meneguk protein shake untuk mengalas perut sebelum melayan kembali rasa mengantuk itu.

Sehinggalah aku terjaga pada pukul 4.32am. Bukannya niat terjaga untuk menonton World Cup tetapi terjaga disebabkan rasa sakit yang teramat sangat!! RASA BERDENYUT-DENYUT! Aku keluar dari bilik dan melihat ada beberapa orang rakanku di ruang tamu masih terjaga. Aku tak tahu apa nak dibuat, yang mampu aku tanya hanyalah pengangkutan ke Klinik berhampiran iaitu yang terletak di area SK Maong. Musim kemarau tidak menjanjikan pengangkutan di sungai sebagai pilihan terbaik. Aku harus mencari ikhtiar untuk menyelamatkan keadaan jari yang semakin membengkak.

Sehinggalah di pagi hari, aku mendapatkan kebenaran dari PK-1 untuk ke Klinik Pakan menggunakan jalan darat dengan bantuan seorang guru jaguh off-road. Perjalanan pada hari itu bukanlah mudah setelah beberapa kali berhenti di tepi jalan untuk menahan sakit yang kian menular seluruh badan.. aku demam. Akhirnya setelah 4 jam perjalanan aku pun sampai di Klinik Pakan.

Sebaik saja kena gigit

After 1 hour

getting worse. Bacteria infection.

After rawatan.

Lihatlah perjalanan ke Klinik.
Pengajaran dari kisah aku ini adalah, jangan memandang rendah kemampuan makhluk kecil ciptaan Tuhan. Dalam kes ini, bukan kucing yang menggigit, dia tak bersalah.. bakteria yang kecil dalam liur kucing itu mampu meragut hari-hari yang indah telah ku rancang di sana. Jika hendak menjadi guru pedalaman, kenalah pandai berfikir cepat. Kerana setiap keputusan itu melibatkan risiko memandangkan sekolah seperti SK Ju Julau tempat aku mengajar ni jauh dari kemudahan seperti hospital. Pastikan kelengkapan dan ubat-ubanatn peribadi cukup untuk keperluan di saat kecemasan. Satu lagi, jangan lupa nemimba banyak ilmu berkaitan dengan hutan serta sungai. Sebab ia banyak membantu disaat genting.


Soalan yang ada kaitan sedikit hari ini:

1. Apakah tindakan yang tidak harus anda lakukan bila merawat luka gigitan haiwan?

2. Jika tayar motorsikal anda pancit dan anda tidak membawa tiub gantian, apakah alternatif lain untuk mengatasi masalah ini?

3. Nyatakan 4 keperluan utama jika berada di hutan.

4. Apakah suntikan yang harus diambil sejurus anda digigit oleh kucing atau anjing?


Jawapan:
1. Memotong seluruh lengan.
2. Gantikan dengan isi batang pisang. Sumbatkan serat tumbuhan dalam tayar. 
3. Bekalan makan, pisau, mancis, lampu.
4. Suntikan tetanus.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...