AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Meniti hari penuh pengharapan

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ni. Adakalanya blog ini berbaur kejiwangan dan adakalanya penulisan santai ini terarah kepada tajuk-tajuk yang berkaitan minat seorang lelaki. Pagi yang buta ini aku baru sahaja menyiapkan kerja untuk budak-budak kesayanganku di sekolah pedalaman yang damai serta indah ini. Teringat dulu semasa kali pertama menjadi guru pelatih di IPGKS Miri, acap kali terdengar suara-suara yang mengatakan betapa bestnyer menjadi seorang pendidik. Aku hanya mampu terdiam, kerana aku tahu bahawa hakikat menjadi seorang pendidik bukanlah senang.




Di mata kelihatan setengah hari berkerja, lumrahnya.. aku baru sahaja menyiapkan kerja untuk budak tepat jam 1245am ini. Sempat juga Blogging kan? lama dah tak update. Dengan jumlah budak yang tidak ramai, aku adakalanya masih bersengkang mata untuk melaksanakan tugas di luar waktu pejabat a.k.a waktu rasmi mengajar. Terfikir juga akan nasib rakan-rakan pendidik yang mengajar di sekolah yang sesak dan ramai murid. Hmmm.. Teringatkan zaman di S.K Merbau Miri. Satu kelas ada 50 orang murid, sehari kena semak kerja murid sampai 3 kelas. 50 x 3 = Ketawa melihat pelbagai jenis jawapan yang murid tulis. Hehe.. No stress, kalau mencintai kerjaya itu. Same with pekerjaan yang lain.

Dalam diam aku nak berkerja baik-baik di sekolah ini, memandangkan ia merupakan tempat pertama aku berkerja. Tetapi naluri aku memanggilku untuk keluar segera kelak untuk membuka sayap yang penuh potensi ini di dunia luar. Hehe, aku nak kerja di P.P.D. Tak kisah kerja office hour, asalkan seronok. Antara matlamat yang tersembunyi di hati ini, telah dimuntahkan dalam blog. HAha! Thanks sebab membaca blog yang sempoi ini. 

Kepada yang membaca tu, ingat lagu Ungu- Dirimu Satu.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...