AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sweet bike, bawalah aku kepada dia.


Dengan bertemankan Ma-Ji Masatomo, aku meredah perjalanan yang adakalanya perlahan menempuh belantara dan adakalanya mencecah 200km/j menyusuri laluan berturap. Walaupun kaki ini adakalanya tidak memijak tanah dikala berdiri mengimbangi motor. Tetap aku teruskan perjalanan, kaki yang pendek ini tak akan terpanjang segera jika ku bermohon sekarang. Ia mengingatkan aku betapa kecilnya aku di hadapan mataNya. Betapa kosongnya aku tanpa dia yang menemaniku sepanjang perjalanan ini. Cermin mata menungguku membawa segala harapan, andai tungangan ini adalah tunggangan yang terhebat.. eloknya dirimu mampu melihat apa yang ku lihat melalui kaca mata pemberianmu. Betapa indahnya pemandangan dunia ini dinikmati dengan deruan angin buas menggeseri telinga ini. Tidak seperti bisikan kerinduan darimu, perlahan dan lembut. Sentiasa ku rindu.. Demikianlah sebelum bertolak, berdoa kepadaNya dan ingat yang tersayang. Besyukur akan nikmat serta hari yang indah. Bersyukur juga kerana ditemani insan yang mengerti jiwa kelajuan ini. Kerana, roda kehidupan ini tidak selalunya berada di bawah.. dan ia akan terus berputar.


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...