AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

EX5 simple dan hijau, CANTIK!

Time aku lepak-lepak mencari sesuatu untuk mengisi perut di pasar Pakan Sarikei, terserempak pula dengan bike EX5 Honda ni. Entah lah, tetiba mata aku terpaku pada bike yang simple ni. Kita tahu bahawa bike ni sangat jimat minyak, boleh dikatakan super jimat! Bike yang sesuai untk kegunaan seharian dan mudah diselenggara. Dari pekerja kebun dan bos ladang sawit, bike ini telah banyak membantu manusia yang tinggal di Sarawak, mungkin juga di seluruh Malaysia? Atau seluruh dunia pernah merasakan kebaikan bike yang merendah diri ini.

Sedikit sebanyak tentang Honda EX5.

TypeAir-cooler, 4 cycle engine OHC
Bore & Stroke50 x 49.5mm
Engine Displacement97.1cc
Compression Ratio9:1
Starter SystemKick Starter
Electric Starter
Lubricant Capacity0.9 liter


Ok, jom kita hayati bike EX5 yang chantik aku jumpa di kawasan pasar Pakan ni. Kawan gue punya, dia kerja di kedai. Jangan main-main, bike ni memang kaw-kaw punya bunyi dan enjin running smooth. Biasalah, jalan di sini tak semuanya berturap. Bike ni kata, kacang jer jalan rugged di Pakan ni... Honda EX5 sememangnya Hebat!


Sticker asal dah x ada, simple beb.

Gaya anak muda serba hijau. Bukan Jambu haha!

Simple, tak banyak sticker.

Warna sejuk mendominasi warna panas.

Jauh juga exhaust tu dari body. 

Ni tentu Spray sendiri.

Seat cover murah dan selesa. Tak Panas.

Stiker jer tapi cun gak.
Sekian sahaja kali ini, inilah dunia aku kat pelan Pakan ni. Shopping komplex tak ada, pasar besar pun jauh nun di Sibu. Hehe, Cuma menghayati pemandangan sungai dan kesegaran hutan jer lah. Syukur ada jentera-jentera 2 roda yang menghiasi dunia pekan ni. Kalau kat bandar tentu kereta pula jadi mangsa aku. HAhaha! Sekian sahaja dari pekan Pakan. Bye.

Credits to:
Kedai Indai Discount Store Pakan. ( Betul ke ejaan ni ) hehe.



0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...