AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Genap 5 bulan di alam perguruan

Aku yang seakan tidak terusrus.
Salam sejahtera kepada anda yang membaca penulisan ini. Disaat malam yang membeku di pedalaman ini sedang berusaha melumpuhkan kelopak mata ini. Aku cuba menghadapi realiti kehidupan seorang manusia yang bergelar guru pedalaman. Pokoknya aku amat yakin dengan segala yang aku lihat dan alami, bahawa bukannya mudah untuk berjuang di pedalaman. Terlalu banyak perkara yang terpaksa aku gadai untuk menjalani perubahan gaya hidup di pedalaman.

Gambar Pertama yang aku ambil semasa ke sekolah.
5 bulan yang terbuku telah menjadikan aku lebih menghargai erti kehidupan. Dari perkara yang paling kecil pun aku merasakan sesuatu yang amat bermakna. Di sekolah ini tiada apa yang terkurang untuk seseorang meneruskan kehidupan, tapi kehidupan yang bagaimana kita harus lalui? Setelah banyak isu-isu yang indah dan penting kita tinggalkan seketika di bandar sana. Terduduk juga aku di kerusi dalam diam hatiku menagih sesuatu di bandar itu. Sambil jemariku memegang telefon yang membisu menunggu celcom yang tidak kesampaian siarannya.hehe..

Laluan ke sekolah. Aku memilih jalan darat yang singkat.
Bukannya kuat yang menjadikan kita terus kekal dalam pentas alam perkerjaan. Bukannya Gaji yang lumayan membuatkan kita terus kekal di sesuatu posisi. Tetapi, sokongan dari insan yang tersayang serta keluarga merupakan senjata utama yang memaku kita untuk terus lekat setia pada sesuatu erti perjuangan. Syukur kerana aku memiliki insan yang sudi menjadi tulang belakang dalam perjalanan ini. Ia menjadikan aku lebih menghargai masa, kerana aku hanya ada 3 hari di hujung minggu untuk bersama insan yang menjadi kekuatan bagiku.

Sekembalinya di dunia yang ada line phone.
Setakat ni, tak ada benda yang tak elok terjadi dan semuanya menyeronokkan. Namun tak lupa juga cabaran yang setia menemani perjuangan di sini. Jatuh bike, luka lebam, sakit demam, baju tak kering, kerja berlambak dan lain-lain menjadikan perjuangan ini berbaloi untuk dimartabatkan sebagai kisah dalam buku kehidupan ini. Tak rugi jika aku menghayati zaman ini, adanya juga kisah ini ku ceritakan buat anak-anak dan si penyajak Annette kelak.


Sebulan lagi, maka genaplah setengah tahun aku berkerja sebagai seorang guru. Sememangnya masa ini teramat laju. Kita adakalanya tidak menyedari bahawa kita semakin berusia. Dan usia itu selalu mendahului kita jika kita leka. Teruskan berfikir, nikmati kehidupan dan senyumlah selalu agar kita yang mendahului usia! Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...