AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

KLX Mangsa Kegatalan Tanganku

Pertama kali aku membeli bike ini, warnanya hanyalah warna hitam putih. Ye lah, warna standart bagi Kawasaki KLX 150S. Terfikir juga mengapa mereka sengaja memilih scheme color ini? Mungkin ini salah satu cara mereka untuk membuatkan pemilik bike ini cepat bosan dan berusaha membeli spare part dan cover body yang baru. HAha!
Ok, kalau time kecil dulu aku main toy seperti lego atau transformers, kini aku mengembangkan kreativiti dan kegatalan tangan aku pada bike. Bulan August yang lalu, aku merasakan sudah tiba masanya aku menukar warna bike ini. Ini kali ke 2 bike ini berubah rupa, aku harap lepas ni tak usah berubah-berubah lah. Bukan apa aku tukar warna dan body bike ni, sebab utamanya adalah.. body bike ini dah calar dan rosak sikit. Tu yang perlu cat dan tukar sikit. Maklumlah, aku dah berapa kali jatuh dari bike ni.

Memang respect lah dengan bike ni, tahan lasak. Ada sekali tu aku jatuh disebabkan jalan terlampau licin, graviti telah menarikku mencium tanah dan tersungkurlah seorang manusia yang sedang menungang KLX ni. Aku lihat bike ni macam tak rosak bila diangkat dari lumpur. Memang power bike ni. HAha!  Ok, jom lihat beberapa keping gambar bike yang telah menerima sentuhan Aku Malas.





0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...