AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Minimalism yang indah

Seseorang telah menyatakan kepadaku bahawa pudarnya warna tidak bererti hilang atau musnah. Pudarnya warna melahirkan sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih berharga dan indah. Walaupun kelihatan mudah dan ringkas, namun ia telah menjadi sebuah karya yang berharga. Demikianlah cinta, mungkin aku selama ini menyalah erti apabila cinta yang telah lama membunga akan menjadi pudar dan kian lesu. Namun, seseorang itu menjelaskan pendiriannya bahawa pudarnya cinta menjadikan kita semakin menghargai. Mungkin itu baginya, indah dan dalam juga maknanya. Sedar atau tidak, prinsipku terhadap kehidupan ini seperti kuasa plutonium. Semakin lama semakin berkuasa, apakah tiada had dalam mencinta atau menghargai nyawa bagiku? entah, yang pasti aku belum ketemukan hadnya. Jom hayati karya ala minimalism juga dikenali karya mudah. Kerana ia menggunakan sedikit calitan warna dan dipersembahkan secara mudah. Namun tetap berharga. 

My Art. Idea dari penyajak Annette.

My art. Idea Cetusan Penyajak Annette Chai.
Some of karya dakwat ala2 "wash"

Karya basah atas basah " Wash Technique"

Nice art. Dakwat mendominasi kanvas.

Siapa dapat baca ni?









Sekian sahaja kompilasi beberapa karya yang aku nak nyatakan dalam ni. hehehe. Thanks sebab membaca blog si Pemalas ini. Line Internet malam ni laju, akhirnya berjaya post sesuatu. (^_^)

Maka terlafazlah ayat " Aku ingin ia kekal selamanya "

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...