AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Naza Blade Murah tapi Berbisa


Kita adakalanya berasa sangsi dengan bike yang murah a.k.a mampu milik kerana harganya membolehkan orang yang tak ada kerja pun dapat beli. Apa lagi jika jenama tersebut bernaung di bawah usaha anak tempatan. Mungkin benar tanggapan sedemikian jika ia diguna pakai pada zaman 80an. Namun negara kita kini telah mampu berkongsi teknologi untuk memasarkan serta membekalkan produk yang mampu mengegarkan jiwa dan fizikal kita. Dunia pemotoran di negara kita juga semakin berkembang maju.



Naza Blade merupakan satu jenama yang tidak asing lagi di tanah air. Ia merupakan satu produk dari Korea dan dikenali dengan nama Hyosung. Syarikat Naza telah lama beroperasi di negara kita iaitu sejah 1975. Syarikat ini bertanggung jawab membawa masuk banyak produk yang berkualiti dengan harga yang menarik. Ferrari, Maserati dan Harley Davidson merupakan jenama yang telah dijadikan sebahagian dari produk perniagaan mereka.

Naza Blade 250R

Naza Blade 650R TBR

Naza Blade
Naza blade terbahagi kepada 2 kategori kuasa iaitu 250cc dan 650cc. 250cc dipecahkan lagi kepada 2 jenis iaitu naked bike dan sportbike. 250cc dan 650cc?! Dua kuasa yang berbeza tetapi pada saiz yang hampir serupa. Teknologi yang dipersembahkan adalah tulen dari korea dan diberi sedikit sentuhan oleh Syarikat Naza sehingga lahirlah Naza Blade TBR verion.



Gaya  6/10 
Berdasarkan pemerhatian aku, bike ni memiliki gaya eropah / barat walaupun ia merupakan produk Asia. Kerana skema warnanya dan kepala bike tu ( Head lamp ) tidak jauh lari dari MV Agusta. Versi Naked Naza blade juga seakan-akan persembahan gaya Triumph Streetfighter. Secara keseluruhan, persembahannya aku bagi 6 bintang sebab saiznya yang gigantic buant kategori 250. Haha! Sebab aku ingat bike tu 800cc dan ia memang best jika pertama kali lihat.


Enjin dan prestasi 4.5/10 
Enjin berkembar V yang dimiliki Blade ini sememangnya sweet dan sedap. Dengan rekaan V twin engine itu, penunggang dapat menikmati kadar pecutan yang sederhana di bandar dan pecutan yang tinggi di laluan lurus yang x banyak kenderaan. Biasalah enjin sebegini rupa beri you more low range torque. Namun, enjin sebegini terpaksa berkerja keras untuk menggerakkan badan yang agak besar. Sememangnya enjin ini adalah enjin Hyosung Comet 250, dan ia tidaklah sehebat teknologi Kawasaki apalagi Ducati atau MV Agusta. Aku hanya mampu  beri 4.5 sahaja, sebab kekurangan sistem integrasi komputer pada enjin bike ini. Namun, jangan dipandang rendah pada kemampuan enjin berkembar ini. Tak banyak enjin yang berkembar mampu memberikan keselesaan sebagaimana Naza Blade. Selesa di bandar beb, kalau untuk racing kena mody dulu..


Harga 8/10
Harga bike ini bermula dari Rm16 K untuk 250cc. Rm19K untuk 650cc!! Amboi!! Murahnya beb!! Untuk memiliki jentera 600cc, tak usah berhabis duit! Ok lah, kalau aku beli bike ni 20k untuk bike 10k cukup untuk mody dan kecantikan. Well, Naza Blade sememangnya sangat membantu mereka yang baru sahaja nak berjinak dengan dunia permotoran yang super besar. Aku bagi 8 bintang sebab harganya mampu milik dan ini menggalakkan kita semua menggunakan kenderaan yang tak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Keseluruhan 5/10 
Sorry lah, gue tak mampu bagi banyak, tapi 5 bintang tu di dikira ok kan?! Kalau nak bagi 6 bintang, kena lah review dulu Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR 250 yang terkini. Naza Blade bukannya bike yang lemah longlai, ia hanyalah bike yang sedang mengalami proses evolusi. Mungkin dalam beberapa ketika nanti, Blade akan mampu berdiri sama tinggi dengan bike bertaraf antarabangsa. Namun, bukan harga yang kita ukur, tetapi penungang itu sendiri yang akan menentukan kualiti bike tersebut. You nak 8 bintang? Beli Naza Blade dan Mody jadi racing mode dulu, bikin cantik-cantik. Sebab aku cakap pasal Naza Blade yang factory made jer right now. Hehe. Apa-apapun, Naza Blade Sememangnya berbisa kerana ia mampu milik dan berkuasa untuk mereka yang mampu mengendalikannya.

Agusta yang memiliki lampu yang...

Triumph Streetfighter





Sumber:

www.bhauto.my
http://www.mymotorcycle-reviews.com/
http://www.autoshift.net/
http://ahlek76.blogspot.com/
www.motormalaya.net

35 Comment:

pzan haizar said...

smekom..beb cun ark kalo nk jalan jaoh2..kedah kew..??

Mugen Power said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mugen Power said...

U r right Bro Blade Sy dh jelajah songkhla dn phuket tnpa masalah w pun ada org kata cap ayam...tpi ada Aku kesah...hahaha!

AkuMalas said...

@pzan haizar Boleh, dengan syarat minyak M kena mantain selalu. Jangan tunggu milage beriban baru tukar ya bro? hehe!

AkuMalas said...

@Mugen Power Yup! memang power bike ni! untuk permulaan dan berjinak dalam dunia super super motor. Jangan dipandang rendah.

Anonymous said...

Salam , nk tanya pasal sparepart moto ni ,, mudah didapati or kene pegi kat centre die ?

Anonymous said...

wei angpa ni tak serik-serik lagi ke. Naza blade kompom ade masalah, tabik spring sape2 yg brani konvoi g phuket. ni terkene dekat staff naza sendiri thn 2009 dia beli blade 250, bawa awek makan angin, punye la sial enjin jamMM atas highway. Bawak g pusat servis naza tiap bulan pun diaorang xtau settle problemm.
Sape2 nak rasa experience ni, sila beli moto ni k...

AkuMalas said...

@AnonymousSetakat ini tiada masalah untuk mendapatkan alat ganti untuk bike ini. Memandangkan makin ramai pengguna di negara kita. Disarankan untuk pergi ke centere. Namun online Marketing kini memudahkan kita untuk mendapatkan alat ganti. Soalnya, siapa nak pasang? haha! Thanks for comment.

AkuMalas said...

@Anonymous Rply: wei angpa ni tak serik-serik lagi ke. Naza blade kompom ade masalah, tabik spring sape2 yg brani konvoi g phuket. ni terkene dekat staff naza sendiri thn 2009 dia beli blade 250, bawa awek makan angin, punye la sial enjin jamMM atas highway. Bawak g pusat servis naza tiap bulan pun diaorang xtau settle problemm. Sape2 nak rasa experience ni, sila beli moto ni k (^_^)

***********************************************************************

Betul juga pendapat Tuan. Haha, terima kasih atas perkongsian. Kita harap pihak Naza ada baca comment ni, moga keluaran Blade 2016 jauh lebih baik dari 2009. Hehehe! Sememangnya tak banyak yg kita jangka untuk bike mampu milik sebegini. Namun tetap menawan hati anak Muda yg baru nak berkecimpung.haha! Thanks Bro. (^_^)

Unknown said...

aku baru ride dr perlis smpai cameroon highland, atas highway z800 dok blakang....bkn psl enjin xpower tp rider xtahan dengan angin.......goyang....tp meter cecah 220 kmh...ada lg trotel...bleh pulas lg.....aku pakai 650 gtr.....

Fathi Noreen said...

huhu... dah lama pki blade ni, lama jugak jd solo rider. ok jer.. dr 250 skg 650, smpi skg masih ada lg moto... moto xsalah, yg salah rider 2 sndr... know your bike limit, yup 650 220 ada lbh kurang suku lg throttle klu btl cara ride dgn gearing... yg kondem pn xpki blade... standard...

AkuMalas said...

@Unknown sememangny Bike berkenaan memang power. Tu sebab aku tidak segan dan ragu-ragu untuk membuat entri ini. sememangnya naza blade berbisa yesss!!

AkuMalas said...

@Fathi Noreen Hello En.Fathi Noreen. Aku bersetuju dengan pandangan tuan. Serius aku katakan.. Kawan aku di Sarawak kata bike ni bagus. mereka pernah cuba motosikal ini di jalan raya sarawak. walaupun jalan raya di sini tidak sesuai untuk ujian top speed tapi bengkang bengkoknya tidak dapat menumpaskan motosikal ini. ketahanan motosikal ini terhadap cuaca dan keadaan geografi di sarawak juga sememangnya terpuji. motosikal ini berbaloi untuk dimiliki dan tidak harus dinilai kerana harganya murah jika dibandingkan dengan motosikal keluaran jepun ataupun eropah.

HADI ANWAR said...

so far masalah plug cap je. enjin 650 panas. jangan malas ganti je. tapi aku malas. haha. nanti nak g ride ke tukar minyak itam baru tukar sekali. ;P
hari pertama dapat moto(sekehen tbr), ak sampai terengganu jam 5 pagi esoknya. haha. ride 6 jam. ohsem!

AkuMalas said...

@HADI ANWAR hELLO Mr Hadi. Thanks sebab baca blog pemalas ni. Aku sedang compile some pict dan update ttg Naza Blade. Dengar Rumors ada upgrade dan new model kelak.

Thanks for ur info. Minyak hitam, x wajib pakai Mothul yang sampai Rm300 atau w500 Premium yang sampai Rm500. Guna yang biasa tetapi mesti rajin tukar. Jangan sampai milage baru tukar. Biasanya tukar setelah 80% sebelum tiba milage.

6 jam running dan masih mantain. Tu memang hebat! Jackson.. kawan saya di sarawak, pakai sampai KK. almost 12jam ride! stop sekejap! wow... tahan gak! Cuma diingatkan supaya, jangan over reps semasa downshift brake. sebab kurang menyihatkan bike yg ada sistem clutch biasa apalagi waktu enjin panas.

Lain lah kalau bike dah upgrade kepada "sleeper clutch" haha! - GP Tech ada pada R1 dan bike yg seangkatan.

Amelia Amir said...

Naza Blade GTR 650

Register Disember 2014

Motor in good condition

Jarang Jalan simpan bawah garaj

Sesuai bike ni kalau baru nak berjinak dengan Motor besar,very good beginner bike.

RM17000 nego nego

Reason jual: Motor jarang pakai

Only serious buyer, interested please contact me at
*Whatsapp* +60195702556

nak gambar whatsApp

AkuMalas said...

@Amelia Amir Amelia Amir!! Good offer.siapa tak ambil..siapa tak beli.. rugi Wooo.. 2014 model dan low milage! Mohon share statement ini.haha! Thanks.

Anonymous said...

Saya pakai blade GV250 tahun 2011.Masalahnya rpm tak stabil. Bila ride selalu semput dan kdg2 enjin mati sendiri, lps tu nak hidupkn enjin punyalah susah mcm petrol tak turun. Camna nak settle mslh ni tn.

Anonymous said...

Saya pakai naza blade GV250 thn 2011. Masalahnya rpm tak stabil. Bila ride selalu semput kdg2 enjin mati sndiri nak hidupkn balik punyalah susah mcm petrol tak turun. Dah tukar plug dan service mess pump pn sama jugak. Camna nak settle mslh ni tn.

Donker Yankervoot said...

Pendapat saya, simpan duit sikit lg utk beli jenama yg terbukti tahan & kurang masalah seperti yamaha r25, cbr250 @ ninja 250.

amyrul said...

Salam, ada review terbaru tak pasal motor ni? saya minat sangat dah nak angkut sebijik blade 250 tbr ni

darkk buchukk said...

Nk beli blade 650cc tp tkut ade msalah pulk..tp dr komen2 kt sini yg sy baca xde bnyk yg kondem...😊😊

Anonymous said...

Hai :) Saya ni baru nak berjinak dalam Dunia Permotoran Motor mana yang lagi OK ye? Naza Blade GTR/TBR 250 atau Ninja 250r yang tahun 2011-2012 punya? Terima kasih :)

Chrisroyston Bakum said...

@Anonymous kita sememangnya mengutamakan kualiti. Tapi jangan lupa keselesaan semasa menunggang jentera tersebut. Cinta tidak kenal siapa, jika kita mencintai rekaan sesuatu motor itu.. kita sanggup membelinya walaupun jenamanya tidaklah begitu ternama. Yang penting hati puas.

Chrisroyston Bakum said...

@darkk buchukk setakat ini jarang pula saya mendengar rakan-rakan seangkatan yang menggunakan jentera ini mengadu tentang kerosakan major. Cuba dahulu.. mana tahu hati akan terpaut. Tidak dinafikan ramai yang lebih suka untuk mengutuk jenama yang murah jika berlakunya kerosakan. Tapi kita lebih suka untuk pejam sebelah mata jika jenama yang ternama mengalami kerosakan.

Unknown said...

Dah ride dari MUAR ke KANGAR PERLIS guna 650 TBR 2013 beli 2nd hand... Average speed 130-150kmh moto ok...x da problem.Alhamdulillah. setiap 2 jam ride sy stop rehat..... Engine oil guna liqui molly 10-50 fully sin

He Man He Man said...

Sy guna blade 650 TBR 2013. Beli 2nd hand. Dah ride dari MUAR ke PERLIS. Average speed 130-150. Setiap 2 jam sy stop untuk rest. Guna enjin oil liqui molly 10-50 full sint... Petrol RON 97 SHELL.Alhamdulillah moto ok.... Best

He Man He Man said...

Sy guna blade 650 TBR 2013. Beli 2nd hand. Dah ride dari MUAR ke PERLIS. Average speed 130-150. Setiap 2 jam sy stop untuk rest. Guna enjin oil liqui molly 10-50 full sint... Petrol RON 97 SHELL.Alhamdulillah moto ok.... Best

Unknown said...

Saya guna blade 650 naked dah 12 tahun.. masih ok lagi.. saya di sabah.. dah banyak kali round sabah. Dari tawau ke kuching sarawak ( rujuk map hehe ).. syukur masalah biasa ja yg bebetla sama macam moto lain.. dgn harga begitu dah kira amat berbaloi.. part? Online je.. pasang sendiri.. service manualkan ada.. alah membeli menang memakai hehehe

Anonymous said...

Blake selalu semput2

shah said...

skg ni blade 250 naked harga rm9k++ ..berbaloi tu mcm harga y150 ..rasa mcm nk sambar sebiji

Anonymous said...

Setiap bike ada pro & contra dia. Nak condem Blade? Ducati sendiri pun ada problem dia. Bagi yg baru nak berjinak dgn big bike, bajet pun rendah boleh cuba Blade. Pakai Ducati pun kalau tak pandai jaga tak ada guna juga..

Rukya Syaria said...

Naza Blade mmg bnyk problem..tips nya jgn tukar brg yg bukan standard sesuka hati...sbab brg2 dia sensitive dan mudah rosak (bukan x berkualiti)...mmg la jika dibandingkan ketahanan, kemampuan tidak standing Yamaha,Honda & Kawasaki...Namun Blade motosikal mampu milik dengan penjagaan standard...klau rasa2 tak nak masalah & pening..beli aje Yamaha, Honda atau Kawasaki...tp harga mahal la...tu je...

syafin johanis said...

Jgn risau...kerosakan selalu dtgnya drpd kita sendiri...baik kita jaga...baik lah moto tu...andai pakai r25 pun guna mcm binawe...merajuk lah dia

AHMAD DANIEL LEE ABDULLAH said...

Naza Blade GTR 650

Register tahun 2013

Motor in good condition

Jarang Jalan simpan bawah garaj

Sesuai bike ni kalau baru nak berjinak dengan Motor besar,very good beginner bike.

RM15000 nego nego

Reason jual: Motor jarang pakai

Only serious buyer, interested please contact me at
*Whatsapp* +60177051642

nak gambar whatsApp

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...