AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Offroad Ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju

Sejenak melihat ke arah cahaya. Mencari punca mengapa aku di sini dan alasan untuk aku terus bertahan, kekadang kekaburan juga rasanya setelah banyak nikmat-nikmat yang sekian lama telah sebati di dalam darahku telah ditarik gara-gara melaksanakan tanggungjawab di sekolah pedalaman. Sememangnya kehidupanku berputar 360 darjah setelah memasuki alam pekerjaan ini. Namun ia bukanlah alasan untuku memejamkan mata dikala melihat wajah-wajah anak didik di sini. Tersentuh hati untuk mengapai setiap jiwa di sana.. sebagai seorang rider yang perihatin.

Pemandangan dari bukit Ensiring

Tayar pun dah tak nampak bungaaa
Perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju bukanlah satu perjalanan yang biasa aku alami di pekan mahupun di bandar selama ini. Setiap yang bakal terjadi di sana tidak dapat diselesaikan memandangkan banyak kemudahan, nikmat dan keperluan di tengah-tengah hutan berkabus tidak dapat digunakan. Sesungguhnya aku harus menyediakan diri dengan pelbagai kelengkapan untuk menghadapi sebarang masalah dan ancaman.

Pertama kali ke sekolah menggunakan jalan darat ini, aku biasanya bergerak bersama dengan rakan-rakan yang lain. Namun sekarang aku lebih selesa bergerak menuruti masa sendiri. Disaat bergerak sendiri, aku bebas menetapkan masa dan perkara yang akan aku lakukan sepanjang perjalanan.

Hujan menjadikan perjalanan lebih mencabar

Tanah runtuh kecil
Sedikit sebanyak mengenai perjalanan aku. Jalan ke SK Ng Ju sangat licin apabila hujan. Risiko berlakunya tanah runtuh merupakan perkara yang sentiasa membuatkan aku sentiasa berwaspada. Walaupun tayar yang aku gunakan untuk Kawasaki KLX 150S ini berbunga brutal, ianya tidak menjamin cengkaman di tanah merah ini.

Persediaan yang biasa aku bawa adalah tube gantian, rantai, kabel brake dan clutch, minyak extra, set membuka nat dan skru, Ellen-key dan pita pelekat. Pita pelekat sangat penting, banyak kegunaannya. Sedangkan angkasawan sendiri membawa pita pelekat ke luar angkasa, kita? hehe.. Oh ya, mancis, pisau dan makanan termasuk juga air kena bawa. Mana tahu, apa-apa yang berlaku juga mungkin memaksa anda untuk bermalam di dalam hutan.

Tanah runtuh berbatu

Berhenti jap.
Ada masanya terserempak dengan haiwan liar seperti monyet dan babi hutan. Memang perjalanan ke destenasi ini tidak membosankan. Saatnya semua yang memenuhi kotak mindaku menemukan ketenangan setelah menikmati perjalanan yang menderaskan denyutan nadi.. Sekian. 

4 Comment:

Anonymous said...

salam cikgu..nak tanya berapa jam masa perjalanan dari pakan ke sekolah nanga Ju..kalau cuaca baik..TQ..

AkuMalas said...

@Anonymous Salam sejahtera. Maaf jika saya lewat membalas commnet anda. Perjalanan ke SK Nanga Ju mengambil masa selama 3jam secara purata dari pakan. Tetapi, ada rider yang mahir pernah mencuba ke SK nanga Ju, hanya memakan masa 2 jam dari pakan. Beliau sudah berpindah ke Miri. (^_^)

Tapi pelik, minggu ni tadi bertolak dari Pakan agak sukar memandangkan musim hujan.

Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu berapa ramai guru wanita di sk nanga ju? :)

AkuMalas said...

@AnonymousSalam sejahtera,setakat ini hanya ada 2 orang sahaja. Termasuk seorang guru yang baru masuk hari tu. intake 2015

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...