AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

My Instagram Pict ( 16 Gambar Bike )

Salam sejahtera, sempena Sibu Bike Week ni, aku akan share gambar-gambar yang berkaitan dengan bike. Gambar-gambar ni aku ambil di sekitar lokasi aku berkerja dan lepak. Ye lah, dari Honda, Kawasaki, Yamaha dan Suzuki.. tak lupa juga Harley dan bike-bike tempatan yang sentiasa mencuri perhatian selepas menerima sentuhan seni. Aku persembahkan kompilasi Instagram bertemakan bike.. Ikhlas..

Pesta Limau di Bintangor

Bersama rider Sarikei. Thanks 4 invite walaupun x dirancang.

Honda Gold wing

Parking jap depan rumah kawan

Ride pelbagai jenis bike. Love it.

Dengan gang dari Kementerian Kesihatan

Dengan 2 orang lone rider. Honda, Yamaha dan Kawasaki.

Melihat selekoh di Pakan.

Ready for offroad?!

Tempat santai di belakang rumah. Thanks God.

Petang-petang ambil angin.

Sibu Bike Week Dec 2014!

Sweet memories with other lone rider.

Antara bike yang aku suka!

Love this offroad mode.

Sibu Bike Week 2014
Menungang motorsikal, ia mendatangkan ketenangan apabila diriku dapat merasakan deruan angin menyelimuti tubuhku ketika meluncur sederhana lajunya di jalanan yang berliku. Disaat menikmati saat-saat itu, jiwa tetap peka akan alam sekeliling. Melihat keindahan dan menjana naluri terhadap bahaya yang sentiasa mengekori aku. Seperti ada sesuatu yang indah dikala menikmati ciptaan Tuhan melalui jentera beroda dua. Disaat aku kelihatan bodoh tersenyum sendiri di dalam helmet, ku sebenarnya merasakan ketenangan melepaskan jiwa dari percobaan. Aku dapat meluncur bersama alam dan bersatu dengan segenap udara di luar topi keledar ini. Namun, waspada tetap ada, agar leka dan cuai itu tiada mendatangkan bahana. Hati harus tenang, seperti bertapa dan bermeditasi, agar motorsikal tidak meluncur laju melampaui batas dan norma jalanan orang timur. Kerana kita semua manusia, ada akal fikiran.. jadilah penungang yang berhemah. Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...