AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sibu Bike Week 2014

Salam sejahtera kepada semua yang membaca Blog Aku Malas ini. Bike week merupakan event yang menyatukan gang-gang bikers tanpa mengira jenis jentera yang mereka tunggang. Aku akhirnya berpeluang untuk melihat sendiri apa itu Bike Week setelah bertahun-tahun menyimpan keinginan untuk menikmati suasana yang awesome sebagaimana yang sering aku baca dalam majalah motorsikal seperti Kapcai, Motor-Motor, Roda-Roda dan lain-lain.

Pada 6 December 2014, aku dan rakan-rakan yang lain telah berkonvoi ke Sibu. Aku telah bersama dengan seorang rider dari Pakan Sarikei telah menunggu gang-gang yang lain di Simpang Bulat Sarikei. Mengapa harus ditunggu? ye lah, kami ni hanya berkenalan dalam laman sosial dan inilah peluang untuk berkumpul memandangkan ramai di antara kemi berasal dari area Serian, Kuching dan Seriaman.. ada juga dari Semanggang!
Bergambar sebelum balik

Bike-bike kategori Super

Thanks to Razz Chopper atas aktiviti yang awesome

Tempat menunggu sebelum bertolak ke Sibu pagi tu.

Aku dan Mr.Rock menunggu.

Ok, dipendekkan cerita.. tidak semua kami berkonvoi pada masa yang sama, memandangkan ada di antara kami akan bertolak pada waktu petang. Maklumlah, rider juga merupakan seorang manusia, ada keluarga dan pekerjaan. Jadi, selesaikan kerja itu dulu baru lepak sejenak dengan rakan-rakan yang lain. Lagipun Bike Week ni berlangsung selama 3 hari kan? 5-7 December 2014. So, esok masih ada peluang untuk anda semua.

Setibanya kami di sana, kelihatan peserta yang telah mendaftar sejak semalam sedang menjalankan pertandingan bunyi bike yang paling kuat. Sayangnya pemenangnya hanya akan diumumkan pada malam hari. Aku tak terlibat sehingga malam, sebab aku harus balik sebelum malam menjelma ke Pakan Sarikei. Semasa bike week juga, ada dijalankan aktiviti berzumba.. Zumba?! yup, ada.. kasi buang lenguh-lenguh lepas ride berjam-jam ke sibu. Pertunjukkan bike pun ada.. hehe!

Aku tak jin gang yang lain bermalam di Sibu. Aku nak balik, hehe. Dont worry, untuk tahun ini, objektif utama aku menjengguk Sibu Bike Week adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan membantu aku secara jarak jauh melalui laman sosial. Rata-rata mereka hampir sama usia dengan aku. Anak muda ini juga mampu mencari duit untuk membiaya hobi motorsikal mereka. Yang menyentuh hati aku adalah, mereka semua kerja-kerja bisa sahaja... namun mampu untuk tersenyum menikmati berkat dan limpahan dari Tuhan atas kerja-kerja yang halal dan penuh kesungguhan. Thanks for a great day gang.

Special for Apis The Airbrush master ( dari Serian) :
Aku sik sabar mok nunggu helmet ya,. HAha! Kerja baik-baik di bengkel tu. Jarang terjumpa anak-anak muda yang berfikiran jauh seperti anda.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...