AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Suasana Sibu Bike Week

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ini. Kali ini aku ingin bercerita tentang suasana di Sibu Bike Week 2014. Bertempat di tengah bandar sibu, acara / event ini berlangsung dengan meriahnya. Bukan hanya di lokasi berkenaan tetapi di jalan raya juga. Sepanjang hari tersebut, kelihatan bike-bike keluar masuk dari bandar Sibu. Jalan raya dari Lawas Sibu dan Semangang Sibu.


Apa yang ada?
Di Sibu Bike Week sememangnya ada bike. Hampir semua kategori bike ada di sana sama ada untuk pertandingan, pameran atau diparkir sahaja di sana. Pada masa yang sama, terdapat juga kedai-kedai accessories bike di sana. Warung untuk makan juga ada, tetapi tak banyak memandangkan di luar tapak SIbu Bike Week terdapat banyak kedai makan. Jadi, bikers yang datangnya dari jauh seperti team Sabahan akan makan di hotel masing-masing terlebih dahulu sebelum ke pesta bike week. Kepada sesiapa yang sedang mencari alatan keselamatan untuk penungang, bolehlah lepak ke pesta sebigini.


Pakaian yang sesuai?
Jika anda seorang biker / rider, gunalah pakaian seperti seorang biker / rider. Pakaiannya bebas asalkan tidak menjolok mata. Namun harus diingatkan bahawa suasana panas serta dipenuhi bike yang berkilat bersilau. Sesuai jika kita guna sunglass, pakaian yang tak panas dan berpayung. Event ini dijalankan di tempat yang terbuka dan suasananya menjadi semakin meriah. Hey! Ada Zumba, so.. sesiapa yang nak pakai pakaian riadah yang sesuai juga digalakkan. Credits to Razz Chopper yang banyak idea untuk aktiviti.


Keselamatan anda dan bike..
Kelihatan polis dan pasukan RELA telah terlibat secara langsung untuk menjaga keselamatan pengunjung dan motosikal semasa Sibu Bike Week. Acara juga dijalankan di tapak yang tertutup dan diselia penganjur. Saya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan bike di tempat acara. Namun kita harus berwaspada, kerana pengunjung yang datang bukan semuanya bikers, pada saat inilah mereka akan mengambil peluang untuk merasakan bagaimana rasanya duduk di atas bike idaman mereka. Jadi, parkirlah bike dengan elok agar memudahkan aktiviti dan mengurangkan risiko bike tumbang secara berantai dan merosakkan bike yang bersebelahan.


Rumusan Sibu Bike Week
Walaupun aku hanya melawat tapak pesta kurang dari 12 jam. Namun dapat ku rasakan kemeriahnnya, keramahan peserta dan pengunjung sememangnya membuktikan bahawa wujud satu ikatan persaudaraan sesama rider d sana. Rider / Biker semuanya peramah, pengunjung juga memberikan respond positif terhadap aktiviti sebegini dan merasakan bahawa ia dapat menjadi tarikan kepada pelancong untuk lepak ke Sibu. Sekian.

2 Comment:

Suria Lekatlekitgurl said...

setelah membaca entri ni saya sedar bahawa saya bukan peminat superbike. kekekeke

AkuMalas said...

@Suria Lekatlekitgurl Apa-apapun. Thanks sebab comment. Hehe! Salam pada cahaya mata u. (^_^) Keep a great work utk Blog u. Terbaik!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...