AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Musim hujan dan Aku

Salam sejahtera kepada semua yang membaca Blog Aku Malas. Aku ni malas cakap panjang jika tiada isu hangat, so biarkan Gambar dan beberapa baris ayat menjelaskan kisah untuk tahun Baru ini. Hehe! Aku ni bukan jenis yang cari pasal dengan cuaca, kalau hujan.. aku tak gi ride biasanya. Namun kalau dah kemaruk sangat, aku akan ride juga. HAhaha! 

Stop jap tunggu hujan berhenti.

Happy sikit lah ride dalam hujan kali ni. Sebab dapat ku rasakan kesejukan sehingga ke tulang, apa lagi bila aku sengaja tak pakai jacket hujan. Hanya beralaskan T-Shirt sahaja pun jadi. Hujan bukannya penghalang, namun kerana sayang dek Bike yang kebasahan dan bakal berkarat.. juga sayangkan nyawa time ride dalam hujan, tu yang buat aku kena fikir masak-masak. Masak apa? 

Duduk sekejap selepas mencuci bike.
Lepas ni plan nak ride lebih jauh dari area yang biasa aku lawati. Sarikei, Sibu dan Julau dah dijajah. Lepas ni jauh sikit la. Sebab aku ni utamakan kerja daripada Hobi, maka harus ditunggu tibanya cuti agar dapat dilaksanakan pengalaman riding yang indah dan bermakna. Kemana lepas ni? Lawas atau Lubok Antu?

Repsol oh Repsol

Dah bersih keduanya.
Yang pasti Ahad hingga Jumaat tengah hari aku ride Kawasaki KLX-150S untuk ke sekolah. Selebihnya bermanja dengan CBR1000 kesayangan ini. Hehe! Weeeii.. aku tak bercinta dengan bike okay? Just nak luahkan bahawa aku ni jaga barang tak bernyawa dengan baik. Sedangkan bike dijaga sedemikian rupa apa lagi mereka yang bergelar manusia. HAha! Sekian.

Bike bukannya ada nyawa, tapi disebabkannya ada kisah.. maka ia tetap memiliki jiwa

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...