AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Offroad Musim Hujan

Merempuh sungai kecil selepas mencuci tayar.
Sejenak meninggalkan Bike 1000cc di rumah, aku meneruskan langkah kakiku menuju hutan dara yang menempatkan 10 orang rakanku yang lain serta 28 orang muridku. Ya, inilah masa offroad ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju!! Sekali lagi Aku Malas akan kongsikan sedikit ayat tapi banyak gambar yang berbicara kepada anda tentang pengalaman masuk ke sekolah pedalaman P3 di Bahagian Julau!


Di Pakan, beli bekalan dulu.
Credits: Indai Discount Store Pakan

Stop di Jalan Engkamop

Kotor dan comot KLX 150 ni

Jika dilepaskan bike, nescaya tak tumbang.

Relax sebentar di tepi sungai
Seperti biasa aku akan menunggang Kawasaki KLX-150S. Entahlah bila lagi akan akan memiliki CRF Honda atau paling Ultima iaitu KTM Offroad! Mahal KTM tu beb, paling murah pun sekitar 40k. Ok, sambung balik cerita kita..

Menggunakan Kawasaki KLX kecik ni pun kira berbaloi dan venture juga dengan rakan-rakan seangkatan. Musim hujan menjadikan laluan kali ini lebih mencabar biarpun kemi menggunakan tayar yang paling berbunga pernah syarikat Swallow hasilkan. Ya kami menggunakan tayar Terra-cross.

Tanah di jalan Engkamop Pakan merupakan tanah yang sangat becak dan lembut. Namun, jalan Engkamop telah ditabur dengan batu sebelum ini. Maka, laluan di jalan tersebut tidaklah mencabar sangat. Laluan ke jalan Nanga Ju terbahagi kepada 2 peringkat, separuh jalan pertama adalah tanah merah yang sangat halus. Ia menyebabkan tayar hilang cengkaman jika tayar terlalu laju berputar.

Jalan yang rosak disebabkan lori?

Peringkat kedua, jalan masuk ke simpang Nanga Ju, tanah di sini agak bercampur dengan batu kapur. Walaupun ia agak licin, tetapi cengkaman pada musim hujan agak baik dengan adanya butiran batu-batu yang telah pecah.

Jambatan runtuh
Perjalanan hari tersebut memakan masa selama 4 jam, kami banyak sangat stop dan ambik gambar. Tak lupa juga mencuci tayar bike beberapa kali disebabkan bunga tayar sudah diselaputi tanah. Yang pasti, segalanya berjalan dengan lancar, tiada bike yang tumbang, cuma 1 jer.. aku lupa makan tapau makanan, sebab terlalu syok ride. Balik rumah terus tidur lepas mandi dan makan. Terasa puas.. sampaikan tidur pun aku tak sedar.. Sekian.

4 Comment:

Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu...
Saya ingin bertanya brpa orng guru wanita di sk nanga ju?

Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu..ada guru dr semenanjung x kat sk ni?

AkuMalas said...

@Anonymous Di sini ada 2 orang guru Wanita dari semenanjung. Mereka berkhidmat dengan penuh komited dan gembira dengan suasana di P3 sini.

AkuMalas said...

@Anonymous Ada, boleh dikatakan 35% dari guru di sini adalah dari semenanjung. Mereka berkhidmat dengan cermelang sekali. Enjoy Nature katakan.Hehehe!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...