AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Ke Kuching Mengejar Impian Episod 2

Salam sejahtera kepada semua yang terserempak dengan blog ini. Hidup hanya sekali, berbuat baiklah sepanjang masa. Dengan hati yang senang aku berdoa moga perjalanan pada kisah ini berjalan dengan lancar. Ini merupakan sambungan kisah ride aku ke Kuching tapi tak sampai-sampai lagi nampaknya. Rujuk Episod 1. 

Dari Pakan menggunakan jalan offroad Shin Yang tembus ke jalan Saratok. Itulah adventure manusia yang menggunakan Superbike dan sportbike pertama di jalan tersebut. Singgah sejenak di Petronas Layar dan menikmati Tandas yang sangat Unik di sana. ( Nanti saya Post tentang tandas tu, cantik gambar-gambarnya )



Perjalanan diteruskan sehinggalah kami berhenti sekejap di area Lachau ( Betul ke ejaan ni? ). Kawasan persinggahan sebelum tiba di Serian. Di sana aku merasakan satu perasaan yang nostalgik, seakan-akan mengenangkan emosi mengejar sesuatu yang telah lama aku usahakan dan berkali-kali aku lalui. Setelah berehat selama 15 minit di Lachau, kami pun beredar. Kelihatan sayur-sayur segar yang dijual oleh penduduk tempatan terbiar setelah banyak yang berhenti di kawasan ini hanya disebabkan hendak menggunakan tandas awam. Bukannya membeli sayur. 


Setelah beberapa jam menunggang di jalan Serian. Akhirnya kami tiba di batu 10. Tempat ini amat asing bagiku. Kerana ia asing, aku berasa bebas untuk duduk di kaki lima seperti seorang pengemis. Bukannya orang kenal di sini diri ini siapa. Aku hanyalah seorang pengemis memori. Mengumpul cebisan yang bertaburan di laluan ini. Kehausan ini dilegakan oleh minuman 100 Plus yang dibelanja oleh rakan ( Thanks En. Rox Medical di Klinik Pakan ) Dia pula membeli ubat gigi dan berus gigi di kedai runcit, memandangkan dia lupa membawa dua benda tersebut.


Akhirnya cikgu Asmady telah tiba dengan BMW 1000. Bunyi bike beliau mengegarkan bangunan di sekitar ini. Mengalahkan bunyi merecun Tahun Baru Cina yang sedang disambut pada 20 Feb 2015 tersebut. Beliau berhenti sejenak sebelum membawa kami ke tempat penginapan. Entah,apa yang sedang bermain di hatiku takala jantungku berdenyut makin kencang. Hanya tinggal kurang dari 20km lagi bandar raya Kuching. Tunggulah aku..




Akhirnya kami tiba di sebuah hotel. Lupa pula nama hotel tersebut, yang pasti ia terletak di kawasan anak patung ( tugu ) Kucing yang melambangkan bandar raya Kuching. Kami mengambil masa untuk berehat dan mengumpulkan tenaga untuk perjalanan seterusnya. Nampakknya, mereka menurut sahaja kemahuanku. Kemana lokasi yang aku pinta, kesitu mereka akan bawa. Sedangkan aku masih buta akan selok belok jalan di dunia Kuching ini. Thanks semua.

Setelah 2 jam berehat, suasana petang menjemput kami untuk ride ke pantai. Menikmati matahari yang lemas di hujung pantai. Inilah yang aku lihat di sebalik tingkap... penjara di sebalik keindahan hotel. Emosi yang masih terpenjara. Meronta-ronta ingin ketemukan sebuah janji. Perjalanan ke tirai senja bumi.. Sekian.

-Bersambung di episod 3-

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...