AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kenangan di Daro


18 / 02 / 2015 - Aku ride ke Daro bersama rakan yang lain untuk menikmati suasana kampung yang mendatangkan ketenangan. Entah mengapa hatiku tergerak untuk ride bersama dengan lelaki-lelaki yang ku gelar kawan bikers Sarikei ini. Mungkin maha Pencipta ingin berbicara kepadaku melalui pengalaman. Teringat lagi kata Dr. Maria Mansur seorang pensyarah di IPGKS Miri. " Jauh perjalanan, luas ilmunya kelak." Maka aku menghadap kata-katanya itu sehingga ke saat ini.

Berada di sini menyoalku sendiri.

Daro adalah sebuah lokasi seperti pekan pada pandangan mataku. Indah permai dan tenang. Sering terdengar namanya namun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Maka, seorang rider telah mencalitkan tanah ke dahiku. Pelik!! Namun itulah budaya dan pegangan masyarakat setempat. Dalam maknanya, supaya jiwaku sebati dan tidak dihimpit belengu jika berpijak di landskap baru.

Ketam merupakan antara tarikan di sini bagiku. Harganya yang murah memandangkan perkampungan nelayan di sini membekalkan sumber dari dunia air untuk dijual di pasar basah. Ada juga diangkut segera ke hotel berbintang-bintang di bandar Sibu. Lakunya..

Perjalanan yang memakan masa selama 5 jam setelah menaiki 3 buah feri dan tungangan di dalam hujan telah membawa aku mengenali jiwa-jiwa rider ini. Mereka rupanya terdiri dari golongan yang bukan calang-calang jawatannya. Hanya terkilan terhadap diri ini, kerana gagal mentafsir perkerjaan mereka dari penampilan rider mereka. Maafkan saya Guru Besar, En. Aini.. Thanks sebab belanja kami dengan Nasi hidangan istemewa Daro. Sampai tak terhabis lauk extra dan sup-sup pada hari tu.

Antara yang terlibat.

Mengisi minyak di Bintangor.

Makan tengah hari.

Berapa ramai? Tak ramai tapi selesa.

Bersama simbol Daro

Stesyen minyak tutup, kedai runcit ada.

Kempen membeli minyak.

Saat melihat awan, aku merasakan ada sesuatu yang memanggilku untuk terus bergerak maju ke depan. Disaat air hujan menyengat kulit membekukan salur darah, aku yakin.. baju ini akan kering juga setelah diratah ribut yang menyelubungiku sepanjang tungangan ini. Apakah hidup kita juga begini? Disaat kita melihat awan, kita sedari adanya matahari di sana. Disaat kita kebasahan, kita sedari kematanngan cabaran itu mengeringkan hati kita menjadi kental dan tabah. Sekian.

Thanks semua.

Dari kiri: Kosman, Serol, Ahli bomba ( lupa nama ), Guru Besar, Cikgu Boos, Cikgu jual Ngudar Ketam, Ustaz Jemi, ahli bomba Muda, anak Ustaz Jemi. ( Sorry Lupa nama, kelak update gik )

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...