AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Hadiah untuk ayah? Kawasaki Vulcan 2015


Apakah hadiah terbaik untuk insan tersayang yang bergelar ayah bagi aku? Aku rasakan inilah dia,akhirnya aku menemukan hadiah yang sangat molek dan sesuai untuk ayah yang vateran orangnya. Kawasaki Vulcan merupakan satu jentera yang tidak asing lagi di dunia permotoran. kerana ia merupakan icon bike santai kategori pertengahan yang diperkenalkan oleh kawasaki sejak 1984 yang terkenal dengan enjin V nya. Namun tahun ini, ia ditampilkan dengan enjin gang bersaudara ER6 yang telah disesuaikan settingnya.







Apa yang nak kita tahu tentang bike cruiser yang hebat ini? aku dapat nyatakan bahawa ada 10 sebab mengapa ianya sangat berbaloi untuk dimiliki dan dijadikan hadiah untuk yang tersayang.

1. Cruiser 600cc ke atas yang sangat murah Rm28 500.
2. Sesuai untuk saiz Asia.
3. Senang dikendalikan oleh semua ( Termasuk wanita, sebab pusat graviti rendah )
4. Jimat minyak.
5. Kedudukan seat tidak menyakitkan pingang. ( terutama warga vateran )
6. Handle bar boleh laras dan selesa.
7. Banyak barang after market ( Boleh modify banyak part lepas beli )
8. Spare part senang cari.
9. camshaft diperbaharui memudahkan bike senang dibawa gear pertama.
10. C.A.N.T.I.K

Okay, itu rumusan dari aku malas. Tapi,setelah menjalankan bacaan dan kajian melalui internet dan soal sana sini aku dapat menceritakan bike ini merupakan bike yang sangat marvelous untuk u all beli. Enjen berkembar mendatar bike ini serupa bangat dengan Ninja 650 dan versys. Tunggu aku naik bike ni dan test ride.haha!

Top speed boleh mencecah 250!! Namun kalau standart mungkin tak sebegitu rupa memandangkan sporket dia besar dan bike ini mengutamakan keselesaan dan kuasa pada gear rendah. ye lah, dah nama cruiser kan? Tapi bike ni memang ringan dan laju lah. Kalau naik pun rasa tak takut sebab kaki dapat cecah tumit kalau guna bike ni. Orang pendek boleh pakai bike ini. Maaf ya jika tersingung, bukan sengaja nak guna perkataan "orang pendek" sebab aku sendiri pun dikategorikan lelaki asia kiut dan rendah.. haha! 


Cyecleworld mengatakan " compact analog tachometer with a digital display features that features speed, fuel level, clock, odometer, dual trip meters, range, average and instant fuel economy. There is also an Economical Riding Indicator, which shows when the rider is optimizing fuel economy. The fuel tank is 3.7 gallons." Hebat juga bike ni. Pada harga Rm28 500 Kawasaki sememangnya menembak tepat hati peminat bike.

Totalmotorcycle pula jawab "HIGHLIGHTS OF THE 2015 KAWASAKI Vulcan S ABS:
• Low cruiser design, narrow chassis and comfortable, tapered seat make it easy to reach the ground in stop-and-go city traffic
• Full tailored fit concept allows the motorcycle to fit a range of riders
• Lightest motorcycle in its class, smooth suspension
• Standard ABS brakes (ABS model only) for greater confidence
• Cruiser appeal with modern Kawasaki power and handling
• Proven 649cc, parallel twin engine provides smooth power delivery
• Standard adjustable footpegs to suit a range of riders, with Kawasaki Genuine Accessories seats and handlebar options to further tailor the fit
• Full range of Kawasaki Genuine Accessories to customize the motorcycle"
Aku Malas hanya terngaga.. best.. tu jer yang dapat dikatakan.

Okay, kalau nak baca lebih boleh check google sendiri. jom lihat gambar bike ni.






2 Comment:

hana hadi said...

adoi xtermampu nak beli hadiah mcm ni T_T

AkuMalas said...

@hana hadi Kalau loan boleh gak jadinya.hahaha! rasanya sekitar Rm500 sebulan dengan deposit yg berpatutan dengan jangka masanya. (^w^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...