AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Rider Dan Cuti Gawai

Salam sejahtera diucapkan kepada anda yang membaca blog ini. Yakinlah bahawa anda merupakan seorang insan yang istemewa dan indah kerana menemukan blog Pemalas ini. Aku Malas tidak sehebat anda, oleh itu aku melayan cuti dengan baik sekali kerana disaat cuti itulah aku keluar dari kepompung kemalasan ini.

Berbeza dengan tahun-tahun remaja aku. Kini kedewasaan telah membawa aku menikmati dunia yang luas. Bukan lagi bercuti di sebalik dinding konkrit melayan media massa dan tidur yang sia-sia. Kini aku tersenyum lebih bahagia sebagaimana anda yang indah ini sedang tekun membaca penulisan si malas ini. Senyum aku kerana, cuti kali ini lain dari tahun-tahun yang sudah.

En. Sebuti yang punya.

Ni lupa pula nama. Saya panggil tuan Bomba Sarikei.

Anak Pulau dari Sibu join.

Melihat senyuman mereka.

Saat melepaskan telefon bimbit seketika. Tingkap digital tertutup, maka tingkap realiti terbuka. Senyuman mereka menghiasi hari di dunia. Walaupun di dalah hati masing-masing kita tahu ada sesuatu yang menanti. Namun, disaat menunggang bike / motor jiwa harus fokus. Merasakan udara yang membelai jaket kulit disaat bahang mentari mencairkan hati yang beku. Cuti Gawai di Sarikei kali ini pasti berbaloi untuk dikongsikan di sini. Kami sedikit, tetapi bermakna bagiku.. senyuman mereka menjadikan score pada hari itu tinggi.

Berhenti jap di depan IPG Rajang

Tiba Di Rumah. Kampung Rambutan Pakan.

Dari Sarikei ke Pakan.
Setelah berkumpul di 1 Malaysia Cafe Sarikei. Kami bertolak ke Pakan menggunakan jalan Strass. Laluannya berliku namun seronok disaat menikmati pecutan enjin berkuasa tinggi. Namun seringlah kita perwaspada. Jalan itu bisa membawa derita jika leka kita utamakan. harus berwaspada dan perasaan ini menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan dan yang tersayang. Beringatlah selalu akan diri ini disaat menunggang. Pelihara nyawa nikmati dunia disaat berdoa ke syurga.

Nak letak gambar ni dalam bingkai.

En. Sebuti dan Aku Malas


Selamat Hari Gawai, Panjang Umur Sehat sejahtera . " Gayu Guru Gerai Nyamai "

Deruman Enjin Memeriahkan Gawai Di Pakan.
Deruman itu menyatukan semua jiwa. Mungkin juga ada yang tidak selesa dengan bunyi yang terlalu kuat, namun itulah laungan kebebasan. Disaat kami tiba di Pakan, tanpa mengenal pekerjaan, warna kulit dan pegangan agama semuanya memeriahkan perayaan kaum Iban ini iaitu Hari Gawai Dayak. Secara peribadi, aku berasa sangat bahagia melihat senyuman di wajah ayah dan mak, apabila mereka melihat aku miliki kawan yang baik dan bersifat terbuka. Anda tentu bahagia juga disaat melihat orang yang tersayang tersenyum. Apa-apapun, malam itu.. si ayah bertanya kepada si anak. " Berapa harga sebiji chooper di pasaran sekarang ? " - Aku Malas untuk bersuara, dan cuma senyum sambil menunjukkan iklan Kawasaki Vulcan S 650cc. Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...