AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sarawak Teachers' Bikers Club ( STBC / TBC )

Well, aku telah join satu group biker ni. Kalau di barat, silap-silap haribulan aku join group gangster guna bike macam kat Fast and Furious. Ehh?! Tu gang kereta ke? Abis tu, crita gang bike kat movie mana satu ya? Hahaha! ( Movie Superbike : Full Throttle - Boleh download di Torrent )

Ok, memandangkan aku ni seorang daripada tenaga pengajar di sebuah sekolah. Maka, tidak salah andai aku menjadikan hobi riding ini lebih bermanfaat dengan menyertai persatuan STBC ini. Mereka ni selalu join aktiviti kempen bantuan mangsa bencana dan menjalankan program bertemakan pendidikan. Sememangnya persatuan ini merupakan persatuan yang aktif turun padang. Kerana masing-masing minat riding, jadi virus malas tu kurang lah ( so, lepas ni blog Aku Malas tukar nama jadi Aku Rajin Turun Padang Dengan TBC? panjang giler weii.. ). Hari tu aku dengar dan lihat, team TBC Kuching melalui perjalanan lebih dari 1000km ulang alik untuk mengadakan lawatan penanda aras ke Brunei! Jom kenali sedikit sebanyak ( dah lah sikit, banyak lagi - permainan bahasa ) tentang TBC ni.

Organisasi dan Sijil Sah
Sebuah persatuan yang sah hendaklah memiliki carta organisasinya atau senarai ahli jawatan kuasa. Aku akan kongsikan AJK / Exco / Orang kuat yang menghidupkan persatuan rider "pendidik bumi kenyalang" ini.

Berdasarkan data semasa untuk sesi 2015


Sijil Pendaftaran TBC / STBC

Logo Sarawak Teachers' Bikers Club ( STBC / TBC )
Sekali imbas sahaja dapat aku lihat gambar enjen v dan Sayap burung. Bagi yang buta dan rabun tu, pakailah cermin mata. Jangan dilihat gambar tengkorak dan sayap kelawar dalam logo yang indah ini. Hehehe! Okay, logonya mewakili warna negeri Sarawak. Sebagai kelab bermotosikal, kita tidak boleh lari dari gambar enjin v yang dikenali ramai kewujudannya. Sayap melambangkan impian "Pendidik Bumi Kenyalang" menjulang laungan Fly High Sarawak! Dengan persatuan ini, dunia pendidikan tidak lagi serupa seperti arena pendidikan era lalu. Satu anjakan telah berlaku!

Siapa yang reka logo ini?
Nantikan penulisan yang akan datang untuk melihat proses penghasilan + cetusan idea logo ini. Anda juga akan diberi peluang untuk mengenali tangan-tangan di sebalik rekaan ini.

Galeri STBC / TBC
Di sini aku nak muatkan beberapa keping gambar perjalanan aktiviti STBC / TBC sepanjang 2015. Sememangnya Sarawak Teachers' Bikers Club aktif menjalankan aktiviti bukan sahaja di bandar atau kawasan pedalaman. Malah, ke luar negara! Saya dengar, lawatan penanda aras yang akan datang adalah di Kalimantan Indonesia! Jom Layan Galeri STBC / TBC.
Dinding Bilik gerakan? Hehe!

Ke Kubur Rentap. Bukit Sibau

Cenderahati


Saya tak dapat baca. Ada kaitan ni.

Program bersama orang tempatan.

Khidmat masyarakat
Di Bintulu. Sambutan Hari Guru Negeri Sarawak.


Bersama Murid


Vokasional Betong


Bersma VIP

Brunei punya kisah

Brunei

Sekian sahaja untuk kali ini. Walaupun penulisan aku ni tak menggunakan aras tinggi, aku yakin u all lebih tertarik melihat gambar daripada melihat penulisan yang berjela-jela. Inilah sebahagian kisah berkaitan kehidupan aku sebagai Rider. Thanks to TBC sebab ajak aku join group ini. Banyak yang aku pelajari dari Tuan Puan Semua. Thanks.

3 Comment:

Ashley Banthras said...

Assalamualaikum cgu... mcm ney nk join STB Tok? Dh lama kmk mencari kelab

Ashley Banthras said...

Assalamualaikum cgu... mcm ney nk join STB Tok? Dh lama kmk mencari kelab tok. Untuk makluman kmk adalah seorang guru (SK St Joseph Kuching) dan kmk juak seorang rider. FB kmk Pendekar Laut. Terima kasih krn kehilangan masa membaca komen kmk.

Chrisroyston Bakum said...

@Ashley Banthras Hello Cikgu!! happy to hear komen dari warga Bikers Chekgu! hehe! nak daftar group ini boleh contact president. Atau.. U boleh Email saya, nanti saya add dalam group Whatsapp STBC. Thanks. Email : chrisrockingstone88@gmail.com

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...