AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Money for safety

Salam sejahtera kepadda semua yang membaca penilisan kali ini. Kali ini aku nak kongsikan pendapat yang simple tantang keselamatan. JANGAN LOKEK. Itu yang dapat aku katakan kepada sesiapa yang nak menceburi dunia motor berkuasa besar. Bukan apa, soal duit ini adakalanya membuatkan kebanyakan rider berbelanja seminima yang mampu untuk meneruskan hobi yang boleh dikatakan agak tinggi perbelanjaannya.

Tanggapan umum pada tayar jentera.
Aku dulu pun pikir dua tiga kali nak beli tayar satu set sebab harga tayar yang baik dan selamat / sesuai dengan gaya penunggangan aku adalah sekitar Rm1600. Mahal you..you. Tapi benda ni bukan selalu kita tukar. Dalam enam bulan mungkin sekali kita tukar, bergantung juga dengan jenis tayar dan kekerapan serta gaya penunggangan anda juga. Tayar baru saja Rm1600 gitu, nyawa anda? Haa.. bak kata Marc Marquez, nyawa penunggang terletak pada cengkaman tayar. Tak apa berbelanja Rm1600 daripada ditmpa kecelakaan. Doakan anda semua selamat sentiasa.

 Hal tukar minyak enjin.
Tukar minyak enjin pun adakalanya berkira sebab nak tukar sekali pun memang terbang Rm500 untuk barang yang okay. Tukar minyak masih dikira lebih murah jika dibandingkan dengan menukar enjin sebiji. Jadi, elok juga berbelanja untuk minyak enjin yang baik demi jangka hayat bike yang long lasting. 

Berbelanja gara-gara nyawa, bukan nak bergaya sahaja.
Ini bab yang paling mudah untuk kita nak abaikan. Bike beribu CC tapi saftey pada badan setakat nak pakai jeans dan baju t-shirt serta helmet cikai. Yes, itu aku dulu, Pernah mengalami zaman berkenaan. Berjam-jam cari barangan murah di kedai bundle dan Mudah.My asalkan bergaya. Namun, teguran dari seorang sahabat yang vateran telah menyedarkan aku. Baju + Seluar + Kasut + Sarung tangan + helmet / topi + dan lain-lain harus lengkap dan selamat. Tak apa berbelanja mahal, asalkan lengkap dan selamat. Sebab Nyawa lebih mahal dari duit.


Aku dan barangan untuk ride. Tak mampu beli yang mahal. Huhu..
Namun, kita harus tahu juga menilai kualiti barangan, jangan sengaja pula membeli barangan yang super mahal tapi kualitinya sama saja dengan barangan di sekitar kira. Berbelanjalah dengan bijak. Sekian.

Kedai Beli Baju tu. Klik Sini.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...