AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Pesta Pakan Special 2015

Pakan, rata-rata pembaca Aku Malas tak tahu tentang Pakan Sarawak. Kali ini aku nak kongsikan kisah yang agak special untuk anda semua. Mengapa special? Ia special kerana ia melibatkan 2 perkara yang berkaitan dengan dunia pedalaman. Pertama KENDERAAN OFFROAD kedua KONVOI.
Kita sudah biasa melihat dan mendengar kisah berkaitan dengan konvoi di jalan raya. Lama sudah kita tidak menikmati konvoi bertemakan hutan. Dulu, zaman aku masih kecil sering saja mendengar kisah Konvoi 4WD di hutan. Sampaikan masuk TV1 dan TV2 ( Waktu tu Astro belum ada lagi ). Kini, Pesta Pakan 2015 memasukkan acara Konvoi dalam hutan! atau Kembara Offroad sempena Pesta Pakan! 

Sebelum itu, saya nak intro sikit tentang Pesta Pakan ni. Pesta ini diadakan di Pekan Pakan dalam daerah Julau, Sarawak. Pesta ini biasanya diadakan selama 3 hari namun pondok ala-ala bazaar Rahmadan biasanya dibuka lebih awal sekitar 15 hari advance.

Antara acara yang biasa diadakan adalah pertandingan nyanyian, perlawanan futsal, badminton, lumba rakit di sungai, pertandingan menyumpit ( memanah belum lagi ), pertandingan orang kuat, sukan rakyat dan aktiviti jualan. Tak lupa juga event yang paling grand iaitu Pekit Keling dan Kumang ( kira pertandingan raja dan ratu pakaian tradisional lah tu. )

Tu tadi acara yang biasa diadakan, namun kali ini Pesta Pakan berjaya mengadakan Kembara Off road yang awesome!! ( pada kos yang rendah ) Rata-rata yang menjayakan program ini menyertai secara sukarela dan sangat sporting! Antara agensi / kumpulan yang menyertai kembara ini adalah kumpulan KKM, Polis, KPM, Kontraktor, Tokey, orang tempatan dan saya sendiri haha! 


Thanks to Tan Sri William Mawan Anak Ikom kerana sudi menyambut ketibaan rombongan. Tak lupa juga kepada Mr. Alex Selaku D.O Pakan yang telah menyokong program ini. Mr. Yalin dan Mr. Dana juga kerana banyak membantu menjayakan program. Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...