AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku dan Kawasaki KLX saat ini

Ya, untuk kali ke berapa saya telah berkongsikan pengalaman menggunakan Scrambler ( Kawasaki KLX 150 ) Kali ini aku nak kongsikan lagi kisah KLX yang diguna ke sekolah. Laluan kami tidaklah sebrutal mana, sebab ada kawan aku di tempat lain sering becerita tentang pengalaman masuk lupur dan bergolek-golek. Maaf jika aku hampakan anda kali ini, sebab penulisan ini menceritakan ketahanan bike DP ( Dual Purpose ) Kategori kecik ini.


Aku merasakan bike ini sangat tahan. Tambahan pula ia sangat cantik, semakin cantik bile kena lumpur. Jadi tiada keraguan lagi jika anda peminat bike besar atau kecil. Saya sarankan anda membeli Kawasaki KLX-150. Agak tak adil buat jenama yang lain seperti CRF dan RM dari Honda dan Suzuki. Sebab aku belum berpeluang untuk merasakan kenikmatan menggunakan jentera berkenaan menggunakan laluan off road di sini. Jika ada rezeki, aku akan buat review simple ttg bike bekenaan.

Namun sebagai testemoni, aku merasakan Kawasaki dah buat yang termurah dan terbaik untuk jentera KLX di negara kita. Kerana alat ganti dan harga bike itu sendiri sememangnya mampu milik. 

Adakah aku pernah jatuh bergolek guna bike ini? 
ya.. pernah dan bike ini tidak mengalami kerosakan serius. Ringan dan tahan, itu yang kita nak. 

Adakah aku pernah mengalami kerosakan bike di hutan? 
ya.. namun mudah dibaiki.. maklumlah mesra pengguna. 

Adakah aku pernah masuk air guna bike ini? 
ya.. bike masih hidup dan masih ganas untuk dimasukkan ke dalam air di masa hadapan.

Adakah bike aku disimpan di tempat terbuka? 
 ya.. tahan cuaca.. tak banyak yang berkarat setakat ini. Tak juga orang curi di dalam hutan.Haha!

Adakah bike aku masih sekuat seperti kali pertama dibeli? 
Tidak.. sebab aku merasakan bike ini makin hari makin kuat! mungkin minyak enjin yang aku guna ni bagus.. pikap makin kuat.. serius.





Dalam hati nak upgrade Kawasaki KX-125 2 stroke. Walao ehh!!

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...