AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bukan Sekadar Hobi


Jelas sekali disaat aku berehat menikmati secawan kopi sambil membaca majalah bike, terasa keinginan untuk meneroka alam sambil merasakan belaian angin dan sentakan kelajuan.

Terasa juga masa menjadi perlahan disaat menikmati pemandangan alam di sebalik kaca helmet. Aku anggap hobi menunggang motosikal ini sebagai satu identiti dan terapi.

Sering aku mendengar kisah manusia yang yang menikmati keindahan dunia ini menggunakan jentera beroda dua ini. Siang mereka di Sabah malamnya pula berada di Kuching Sarawak. Betapa kecilnya dunia ini setelah dijajah oleh jentera beroda dua ini.
Tertanya juga diri tentang mereka yang sanggup ride jauh-jauh gara-gara untuk menikmati secawan kopi di lokasi yang tak pernah dikunjungi. Namun untuk aku, sebagai rider yang suam-suam kuku. Aku hanya menggunakan bike untuk melunaskan kerja-kerja di luar. Kerana terasa masa itu dapat dijimatkan apabila perjalanan ke tempat kerja itu lebih dinamik. Namun, ia akhirnya bukan lagi satu hobi. Ia menjadi satu keperluan dan gaya hidup.

Ibarat terasa seperti kekurangna kopi di pagi hari jika aku lama tidak menungang motosikal. Namun aku tidak membudayakan gaya pembuli jalanan, sering ku ingatkan kepada diri agar sentiasa menerapkan nilai murni semasa menikmati perjalanan ke destenasi. Aku sendiri adakalnya berasa tidak selesa dengan segelintir pengguna jalan raya yang adakalanya bersikap terburu-buru dan tidak memikirkan akan keselamatan diri dan orang lain. Aku tak ingin menyertai kelompok yang dicop sebagai pengguna yang tidak berdisiplin dan rendah moralnya.

Adakah meletihkan menungang superbike? tak juga... adakah terasa panas dipijar matahari lalu sejuk dikala hujan? Banyak yang aku rasa.. namun segalanya atas nama Kehidupan dan Keseronokkan. Inilah hidup yang bernyawa bagiku. Bekerja aku gunakan Kawasaki KLX 150, ramai kata benda tu namanya scrambler.

Tidak dinafikan banyak kekurangan menggunakan jentera dua roda jika dibandingkan dengan 4 roda. Namun, satu perkara yang sentiasa memenangi hatiku jika diungkit tentang jentera dua roda, iaitu keseronokan dan kebebasan semasa meredah alam menggunakannya. Sekian.

Ku temukan mereka kerana jentera ini.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...