AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Test bike? Atau test manusia?

Bulan november bulan yang tidak dapat diduga kerana hujan turun dengan lebat dan panas terik boleh muncul tanpa diundang. Entah apa yang sedang difikirkan oleh alam pada zaman ini kerana cuacanya lebih tegas kepada kita sebagai makhluk yang kecil.

Perjalanan ke hutan bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk menjalankan tanggungjawab. Di samping menjalankan tanggungjawab tidak lupa juga aku untuk menikmati kehidupan pada usia ini. Apa artinya hidup seandainya kita lupa untuk menikmati detik-detik yang berharga dan tidak akan berulang.

Sememangnya seronok menunggang motosikal. Kawasaki KLX 150-S yang ditunggang di hutan Jalan ke SK Ng Ju sentiasa tabah melayan kerenah dan permainan. Terfikir juga hanya ini saja permainan yang mampu membuatkan aku merasa nyawa ini betul-betul mendebarkan. Pada hakikat nya aku terkurung di sebuah tempat yang terpencil namun tetap bersemangat mengalas tanggungjawab.

Soalnya di sini, apakah motosikal ini yang diuji ataupun aku yang dicuba.  ada saatnya aku menahan kesakitan kerana keletihan dan ada juga sakit kerana jatuh. Namun masih tidak terjumpa juga perkataan serik yang bertaburan di tanah licin ini.

Suatu ketika di saat aku berjalan di bandaraya sarikei aku terlihat satu set pakaian keselamatan untuk penunggang motosikal pengembaraan di hutan. Harganya mencecah ribuan ringgit sehingga membuatkan hati ku terfikir dua tiga kali untuk membelinya. Setakat ribuan itu tidak dapat dibandingkan dengan harga nyawa ini.

Soal jawab bukan tentang motosikal tetapi tentang manusia itu sendiri. Adakalanya kita berfikir terlalu panjang sehinggakan menidakkan perkara yang lebih penting. Jadikan perjalanan hidup kita untuk memperbaiki diri bukan untuk menilai jentera atau orang di sekitar kita. Sekian.

Laluan yang berlubang dan licin. Jatuh + Graviti = Aduh..
Bukit Tujai
Ya,sengaja aku tak pakai saftey kali ini.
Rehat sejenak
Terasa kehausan. Jernihnya air..
Dalam kesakitan kakiku ini namun tertinggal jua mereka.haha.
Soalnya bukan pada kaki.tapi bike.. Selesa dan mesra pengguna.
Kawasaki KLX-150S & The rider

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...