AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tidak hairan harga bike ini Rm200,000.00

Ducati Panigale 1199 nama yang tidak asing lagi di dalam dunia permotoran. Ia bukan sekadar motosikal tetapi ia juga merupakan pertembungan antara kejuruteraan dan seni. Sebaik sahaja anda melihat jentera ini anda akan mendapati ia sememangnya menyempatkan diri sebaris dengan karya seni dan memiliki mesej yang jelas bahawa jentera ini bukanlah calang-calang.
Kali ini aku berpeluang melihat dan menunggang jentera ini. Motosikal ini merupakan penciptaan karya negara itali. Dapat kita lihat ia merupakan definisi dunia eropah yang menonjol untuk mengalahkan dominasi jentera-jentera yang hebat dari asia.
Disaat aku duduk dalam pangkuan jentera ini. Aku mendapati Ducati Panigale 1199 juga merupakan sebuah bike compact sebagaimana Honda Fireblade 1000. Kaki aku yang bersaiz orang Malaysia dapat mencecah tanah dengan selesa. Jika dibandingkan dengan Yamaha R1 yang lebih besar dan gagah jentera keluaran itali ini kelihatan kecil dan lincah. Teringat lagi pengalaman aku menunggang Yamaha R1, agak sukar untuk kaki ini menyentuh jalan disaat pegun berdiri memarkirkannya. Sama juga denfan nasib aku dengan Benelli Tnt 600cc.
Ducati Panigale 1199 memaparkan bahagian-bahagian yang eksotik serta berwarna emas. Jika lihat dari jenamanya sahaja kita tahu ianya bukanlah alatan yang mudah dimiliki. Aku tidak mahu mengulas tentang jenama kelengkapan jentera ini kerana perkara ini telah diulas banyak kali oleh mana-mana blog dan pamplet berkaitan dengan motosikal ini.
Aku lebih selesa untuk mengulas dari aspek saiz dan keselesaan penunggangan untuk penunggang asia seperti aku. Sebagaimana yang aku kata takdir jentera ini tidaklah terlalu besar tetapi kesan visual yang membuatkan kita merasakan bahawa jentera ini berkuasa dan kelihatan berisi juga. Saiz tayar belakang jentera ini lebih besar dari saiz kebanyakan bike 1000cc. Bike ini menggunakan tayar bersaiz 200 sebagai standard. Manakala kebanyakan bike masih memakai sekitar 180-190.
Tempat duduk yang kecil juga menjadikan kaki kita dapat dihimpitkan ke bahagian badan jentera ini dengan lebih baik. Setelah kaki dihimpitkan ke dalam barulah aku merasakan tapak kakiku dan tumit ku juga mencecah tanah. Berdasarkan pengalaman aku dengan jentera yang lebih besar tempat duduknya, adalah agak sukar untuk mencecahkan tumit dan kedua-dua belah kaki kerana bukaan kangkang kaki menjadi lebih besar dan ia membuatkan ketinggian kita semakin berkurangan semasa mengendalikan motosikal ini disaat pegun atau tidak bergerak.
Keadaan ini boleh kita ibaratkan seperti penjaga gol yang membuka kangkangnya yang lebih besar akan menjadi lebih rendah jika dibandingkan dengan pemain yang berdiri tegak lalu kelihatan lebih tinggi. Bukankah lebih rendah itu kita menjadi lebih stabil? Tapi sekarang kita berbincang tentang pengendalian semasa pegun bukannya kestabilan semasa bergerak.
Apabila aku cuba menolak jentera ini, aku mendapati ia sangat ringan. Mungkin ini disebabkan oleh struktur binaan dan juga komposisi bahan yang digunakan untuk menghasilkan jentera ini. Sememangnya syarikat Ducati mahir menggunakan logam berkualiti tinggi dan ringan untuk menghasilkan jentera yang tangkas dan lincah tanpa melupakan aspek kelajuan yang juga
Ia merupakan jentera yang tidak rugi untuk dimiliki bagi yang mampu. Jentera sebegini tidak akan luput ditelan waktu dan masih kelihatan cantik setelah berpuluh tahun masa berlalu. Secara peribadi aku juga ingin memiliki jentera dari syarikat Ducati tetapi bukanlah Panigale. Diavel merupakan impian di hati. Teruskan bermimpi buat diri ini. Sekian.
Credits:
Ing and sons Moto Sarikei
Mr. Jason Ducati Owner
Ducati Panigale 1199
Kejuruteraan dan seni
Harga suspension ini sahaja? Sekitar Rm8000 untuk set racing. Set ultra circuit? Jangan tanya saya harganya..
Bike Jepun dan bike Eropah
Sambil itu Mody Yamaha R25. Klik untuk baca:







0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...