AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Semakin menjadi manusia

Dikala telefon ditinggalkan di atas meja. Mata menjeling ke arah rak kunci. Angin meniup langsir lalu mengarahkan udara sehinggakan kunci yang aku lihat berlaga menghasilkan bunyi nyaring. Ku capai dan ku tinggalkan semua dunia ilusi di belakang dan aku ride.

Ride mengenemukan manusia.. meninggalkan dunia maya. Menungang untuk menikmati udara, keluar dari kotak bilikku. Memulas bike daripada menimang telefon atau gajet pintar. Lantas aku berkata, lihatlah diriku yang semakin menjadi manusia disaat menungang bike.

Ku bukan lagi zombi telekomunikasi. Ku bukan lagi kaku beku di dunia maya. Mata terpaku pada dunia bukan lagi pada touch screen. Ku tahu, aku semakin menjadi manusia. Kerana ku temukan mereka di depan mata, bukannya di balik telefon semata mata.

Inilah dunia rider atau bikers. Ia bukanlah jenayah terhadap penciptaan manusia. Ia hanyalah sebuah ceita tentang manusia yang mahu terus bergerak. Melihat cahaya di balik awan. Meluahkan naluri melangkah berani. Gara gara nak jadi manusia.. manusia nyata. Sekian.

Kawan aku guna bakul.
Bukan lepak tapi berkongsi
b
Meluangkan masa untuk hidup
Destinasi menuju sesuatu
Ianya dilakukan atas kerelaan. Santai..

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...