AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cikgu Scram SK Nanga Ju

Nikmat mengajar di hulu sememangnya dapat dirasakan apabila kita dapat mendalami sifat dan naluri perantau yang ada di dalam diri kita. Mungkin ada yang berkata bahawa dirinya tak miliki naluri itu. Anda ingin ke Paris? Pulau Hawai? Atau meneroka piramid di Mesir? Mengembara mencari haiwan dan tumbuhan exotic?  Kalau ya, congratz sebab anda miliki naluri untuk merantau. Sememangnya seronok jalan jauh jauh ni. Apa lagi, bila ia disatukan dengan kerjaya tuan puan.

Aku ni dah hampir genap 2 tahun mengajar di hulu. Iaitu di SK Nanga Ju, Julau. Tujuan utama sememangnya mengajar, ride merupakan sampingan dan kaedah pengangkutan. Seronok apabila dapat menikmati pemandangan alam semulajadi di sini. Aku ni jarang balik ke rumah, memandangkan tanggungjawab sebagai warden mesti dilaksanakan demi anak anak di sini.
Keselamatan mesti diutamakan semasa ride di kawasan hutan yang jauh dari peradaban manusia. Doktor dan makenik tidak akan anda jumpai di sini dengan mudah. Andalah makenik dan paramedik untuk diri sendiri dan rakan konvoi anda. Persiapkan diri anda dengan alatan dan kit yang cukup. Sebungkus makanan atau mee segera dapat menyelamatkan anda sekiranya ada stranded di dalam hutan. 

Makanan sahaja tidak mencukupi. Alat ganti bike dan peti kecemasan ( first aid kit ) boleh menyelamatkan anda. Paling kurang pun ia dapat mengurangkan risiko untuk kes kes yang lebih serius.

Undang-undang jalan balak juga harus anda kuasai sebelum menungang dengan yakin. Berwaspadalah selalu kerana bahaya ada di mana-mana. Tanah runtuh, haiwan liar, pokok tumbang, ancaman tanah merah, kenderaan berat dan manusia merupakan ancaman kepada sesiapa yang ingin berjinak dengan jalan offroad. Manusia pun jadi ancaman? Haha!! Ya, di hutan yang jauh dari penguatkuasa ini, apa-apa boleh terjadi. Kalau perkara buruk berlaku terjadi kepada anda, ia mengambil masa beberapa minggu untuk menyedari kehilangan anda. Adakah anda ditemui atau tak, itu soal kedua. Berwaspadalah selalu dan bergeraklah dalam kumpulan.
Sepanjang berkhidmat di sini. Aku feel enjoy dan tak stress. Segalanya kelihatan mudah dan seronok. Sehinggakan tema blog aku dan insta kebanyakkannya tentang pengalamanku di sini. Keindahan alam sentiasa menggamit jiwaku untuk beryahan dan berbakti sebaik mungkin di sini.
.
Disaat Musim Buah. Nikmat sekolah hulu.
Thanks to gang scram. Cikgu Darus ( KLX150L black ) cikgu Casey ( KLX150s berpindah ) Cikgu Zunaidi ( DTX Kawasaki 250 ) Akeng ( KLX150s )
Bike kotor, dan inilah yang tak smua org dapat buat pada bike. 
Reflection. Inilah kehidupan.
Keperluan semasa di pedalaman. Sewaktu Off Road. Fat away from clinic. 
Love this life. Bye2. 
 
Now, saya akan selalu jumpa Pak Ung the Pomen. haha! Pindah Skolah dah. 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...