AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung tukar dagu bedah mata masih biasa-biasa saja. Tapi kali ini kita bukan nak bercakap tentang tukar sikit-sikit, ini tukar satu kepala.

Yamaha yang saya jumpa ini sangat menawan hati. Kerana ia telah mendapat sentuhan yang luar biasa. Yamaha FZ 150 ini telah ditampal menggunakan satu set sticker yang beautiful. Fork depan juga telah dimodifikasi sehinggakan ia kelihatan seperti fork berprestasi tinggi.
Bukan itu saja, bike ini telah dipasang dengan satu set sportlight yang sangat cantik dan biasanya dipasang pada motosikal adventure ataupun dual purpose. Lain-lain modifikasi anda dapat lihat pada gambar yang aku upload.

Ini bukanlah gambar terkini tetapi ini merupakan gambar kenang-kenangan geng-geng Inferno Bikers yang sudi lepak ke Pakan Sarikei Sarawak. Mungkin disebabkan rindu akan jalan yang berliku itu sebabnya mereka lepak untuk melayan selekoh yang tajam dan santai di Pakan. Maklumlah jalan di sini tak begitu sesak dan dipenuhi kenderaan, bagi sesiapa yang nak mengasah skil main selekoh sila-silakan lepak ke pakan.
Lihatlah kepalanya
Scorpion exhaust
Warna keemasan
Hitam hijau dan emas
Tak sangka moto ini boleh menjadi sebuah seni
Fork depan yang kelihatan high performance
Lampu oh lampu mengapa engkau sungguh menggoda

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...