AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kemana kita nak pergi..

Saya lebih gemar mengkategorikan diri ini sebagai penunggang lone rider. Sedangkan di luar sana berlambak kelab bermotosikal yang sering menjalankan program mega dengan angkatan konvoi yang besar. Mahu tidak mahu memang saya juga ada menyertai beberapa kelab yang berdaftar. Dan ia tidak salah untuk kita berkongsi ilmu bersama dengan rakan yang sama komited dalam dunia ini.

Saya pernah menyertai program konvoi dan ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana disaat anda berserta dengan angkatan tersebut deruan enjin motosikal berkuasa tinggi menyedarkan anda dari lamunan mimpi. Namun bunyi tersebut tidak akan dapat mengubah siapa diri saya dalam dunia pemotoran ini.

Menunggang motosikal merupakan satu gaya hidup. Bagi saya ia merupakan terapi untuk saya menikmati keindahan dunia ini dengan lebih dekat. Ia mungkin membawa saya mengembara seorang diri atau berteman tetapi kerap kali saya menuruti naluri hati ini untuk mengembara secara rawak dan tanpa perancangan. Jangan hairan jika pagi tadi saya berada 800 kilometer dari rumah dan petang nanti saya sudah berada di dalam bilik mandi untuk merasakan mandian air panas.

Saya bukan penunggang yang tegar. Saya cuma penunggang yang ingin mendekatkan jiwa ini dengan bumi. Disaat hujan membasahi diri dan di saat mentari memijar tubuh ini saya merasakan hidup ini lebih bernyawa.

Ramai yang menyangka hidup seorang penunggang motosikal ini penuh dengan perkara yang tidak baik dan sinonim dengan gejala sosial yang negatif. Saya sendiri sering berpendapat sedemikian ttg perkara itu dahulu sebelum saya menjadi seorang penunggang yang artistik kononnya.

Kini saya telah menyelam dan melihat sendiri budaya dan gaya hidup komuniti bawah tanah ini. Bukan kemasyuran yang mereka cari atau bukan pemberontakan yang mereka sanjungi. Tetapi ia dari hati, ia adalah gema kehidupan yang diterjemah melalui jentera beroda dua tanpa mengira kecil atau besar kuasa jentera itu.

Sehingga kini saya masih duduk sendiri dan terpaku seketika kerana perubahan mengejut sedang berlaku dalam hidup ini. Mungkin dahulu saya sering meneroka hutan belantara sebagai seorang guru pedalaman. Scrambler merupakan jentera harapan bagi saya. Kawasaki KLX 150S,so sweet and resilient.

Kini saya 24 jam bersama dengan jentera di jalan raya. Tiada lagi hutan dan tiada lagi bunyian fauna. Berikan saya masa untuk memikirkan kemana arah tuju pengembaraan selepas ini. Yang pasti saya sentiasa melihat dunia ini adalah tempat berkarya.sekian.

Frank, kawan dari IPG Rajang
Ride ke dunia dalam hutan?
Pakan, pekan kecil di Sarikei Sarawak.
Semua jenis bike boleh masuk lepak.
Depan IPG Rajang
Kat mana tokong ni? Siapa tahu?
Minum kopi di Serian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...