AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tangan Kita Sama Kisahnya?

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang lepak lepak dalam blog aku malas ini. Biasanya aku akan menulis tentang motosikal tetapi kali ini aku nak tulis tentang apa yang aku pegang. Sebab aku rasakan lama sudah tidak menulis tentang perkara yang remeh atau merapu. Tetapi yang remeh itu adakalanya membuatkan kita terfikir kembali akan erti kehidupan yang sementara ini.

Sepanjang aku hidup di dunia ini, aku tidak tahu berapa kali dengan ini telah terluka kerana terpegang benda-benda yang tajam. Jangan ini juga pernah membuatkan aku berasa jijik kerana pernah juga suatu lepak aku terpegang tahi cicak di tepi kerusi. Entah macam mana dia boleh berak kat bahagian yang aku selalu letakkan tangan. Dengan ini juga tidak kurang hebatnya kerana dengan ini pernah menderma dan membantu mereka yang memerlukan.

Mari kita layan gambar yang aku sempat bekukan di dalam album bergambar.

Inilah gambar aiskrim yang aku pegang sewaktu berada di sekolah pedalaman. SK Nanga Ju, Julau. Susah betul nak cari benda ni sebab itu aku panggil ini antara makanan mewah di sana.
 terimalah hakikat zaman sekarang kerana keropok masa sekarang tak sebanyak keropok zaman ada time kecik kecik dulu.
 inilah kelab permotoran yang aku follow. Tak tahu lepas ni ada orang yang invite lagi ke masuk kelab-kelab yang lain
Anak tikus. Inilah makhluk yang aku jumpa di dalam tabung motosikal aku. Maklumlah lama sangat tak menunggang motor sampaikan mak  mikimaus ( mikey mouse ) beranak di situ.
Jangan tanya apa yang aku sedang pegang dalam gambar diatas. Tak salah pakai botol susu.
Inilah paku yang mencucuk tayar motosikal yang berharga 800 ringgit. Adakah tayar ini masih mampu berfungsi dengan baik selepas ditampal ?
Musim buah di sekolah lama tidak akan ku lupa sepanjang hayat .
Katak oh katak kenapa panggil hujan. Antara spesis katak yang kecil. Tapi naruto dapat panggil katak yang lebih besar.
 gambar serangga yang entah macam mana aku nak sebut.. budak-budak menutup telinga kerana mereka takut serangga ini masuk ke dalam telinga mereka. Lubang hidung dan lubang mulut tak mereka tutup pulak.
Nyamuk yang tumpas di atas tangan. Sempena bulan april dan kempen pembersihan kawasan rumah untuk mengelak nyamuk.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...