AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sampah menjadi Rm799

Sesuatu yang menarik apabila kita melihat bahan terbuang menjadi sesuatu yang berharga. Berikut merupakan model kit Gunplar mungkin Gundam Bandai agaknya haha!! Gambar tersebut telah aku ambil di sebuah pasar raya Summer Mall di Samarahan, Sarawak.

Jika diperhatikan betul-betul robot tersebut dihasilkan menggunakan logam terpakai yang di kimpal menjadi sebuah model yang menarik. Untuk melindungi logam tersebut daripada berkarat, ia telah dicat menggunakan warna gelap yang menarik.

Dihasilkan menggunakan bahan bahan terpakai
Kelihatan kimpalan yang dilakukan 
Daripada sampah kepada hasil seni yang mahal
Harga yang berpatutan untuk sebuah karya yang hanya ada satu di dunia
Jangan hilangkan kimpalan itu supaya menampakkan keaslian karya dari sampah
Walaupun tidak banyak bahagian sendi dapat digerakkan tetapi tetap menarik juga
Gagah berdiri walaupun kelihatan hitam legam
Abaikan tangan aku yang cuba mengangkat karya yang seberat hampir setengah kilo
Muncung senapang yang berlobang
Saya jamin benda ini kalau jatuh lantai yang akan pecah
Dalam hati rasa nak beli tetapi lebih elok buat sendiri hahahaha
Bahagian sayap yang dapat digerakkan

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...