AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Fotografi Senja ( Pantai Sarawak )

Salam sejahtera penduduk bumi. Gambar sememangnya membekukan sesuatu itu dalam sebuah perhentian masa. Kesan visualnya menyebabkan hati kita terdetik lebih perlahan dan menyedut dunia sedar kita memasuki alam separa sedar. Gambar berikut bukanlah ditangkap menggunakan kamera DSLR mahal, bukan permainan Apature atau shutterspeed.

Ia hanyalah karya mentah dan segar keindahan alam. Thanks to my lil cousin ( Cik Futsal a.k.a Rebeca ke Rebecca? ) dan i Phone nya, saya akhirnya dapat berkongsikan kualiti pengalaman orang lain di pantai yang senja.


Lihatlah
Entah apa yang mereka fikirkan dan entah apa yang anda sedang rasakan disaat menyerap masuk cahaya gambar ini ke dalam sepasang bebola matamu. Jangan lupa untuk memikirkan bunyi desiran ombak dan belaian angin pantai yang resah. Adakalanya anginnya itu lemah dan adakalnya menjadi ribut. Jika dihirup anginnya ke dalam paru-parumu, terasa pertemuan antara udara kelam dan masin.

Sememangnya perjalanan hidup ini dipenuhi oleh warna. Adakalnya kelam dan buntu, dan kerap juga berwarna dan meriah. Soalnya sekarang, bagaimana kita menghadapi semuannya itu. Adakah kita hanya memandang lurus atau, kita mengapai pena dan melakar karya kehidupan hidup ini. Kita semua pernah terluka dan gembira. Kita sembuh bersama dan menikmati GST 6% juga. Semua di tanah yang tercinta ini kita lalui. Tetapi juga masih bernafas dan mampu menikmati 3 keping gambar mulus ini.

Akhirnya barulah kita sedar. Matahari sahaja tidak mampu menghidupkan gambar ini. Bila aku dan kamu tiada menyelami karya ini. Seperti kosong dunia ini. Eloknya kita terduduk sendirian, di pantai senja ini, memikirkan apakah yang telah kita lalui sepanjang usia ini. Memikirkan setiap dugaan yang kita telah tumpaskan. Mengenang kembali apa yang telah kita hilang dan menghargai apa yang masih kita miliki.

 AKHIRNYA, bayangkan ada tangan yang menepuk lembut bahumu, dan mengapai tanganmu pergi sambil berkata.. " Aku akan membantu dirimu mengejar impian yang teragung. "


Sekian.

2 Comment:

Jna marcello said...

omaigadddd 1st nak comment about the picture taken . the pic is so damn beautiful!

2nd) good entry.. menyedarkan kita ape yg kita patut corakkan dlm kehidupan kita .

Chrisroyston Bakum said...

@Jna marcello hello disana, terima kasih kerana sudi meninggalkan komentar yang ringkas namun ia merupakan satu penghargaan bagi aku.

Ku simpulkan bahawa jiwa manusia sememangnya harus disatukan dengan keindahan alam. Agar kita tahu bahawa keindahan itu dapat kita nikmati dengan insan yang amat istimewa di hidup ini.

Namun setiap impian tersebut tidak semestinya tercapai dengan lekas. Kita lebih banyak bermimpi sehingga tanpa kita sedari impian itu bakal kita genapi realitinya

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...