AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Hijau Bumi Menjentik Indah Sunyi ( Part 1 )

Ada masa kita berhenti, ada juga tikanya kita terpejam. Ada waktunya kita tunduk setelah lama mendongak dan ada saatnya kita duduk setelah lama berdiri. Demikianlah indahnya kehidupan ini. Kerana terlalu lama mengurung diri di sebalik tirai kehidupan yang amat pantas meninggalkan siapa diri ini, aku lupa untuk menjenguk bayang-banayngku yang sentiasa menyembah tanah.

Tidak semua yang terbang akan selamanya di awan, ada masanya mereka hinggap di pohonan senja di pesisir pantai senja. Demikianlah hidup yang indah. Tidaklah terlalu asyik mengejar sehinggakan kaki yang terbalar dan lesu kita abaikan. Duduklah sejenak, sejukkan hati mengimbau siapa diri kita. Pejamkanlah mata sejenak, lepaskan sarung wajah kerjayamu, bukalah kasut hukum duniamu, keluarkan jiwamu dari penjara isnin.. lepaskan hatimu dari sangkar selasa.. buanglah sandungan rabumu.. khamis tidak lagi menggari kakimu.. tembok jumaat roboh disaat dirimu sedar... sedar... sedar bahawa hidup ini indah.. JIKA, hijau bumi itu memanggil dirimu.. segalanya seperti Sabtu dan Ahad.


Terjadilah satu kesepian seketika di fikiranku,
Melihatkan kembali siapa dan dimana diri ini,
Terjerat oleh siulan perjalanan lampau,
Disingkap oleh kepingan gambar,
Akhirnya berjasad juga definisi sunyi,
Terbuka mata namun masih buta,
Di depan sahaja ku lihat tetapi sejarahnya ku lupa,
Menyedari hidup ini rapuh namun murni,
Seperti biskut munchy,
Rapuh dan rangup namun manis dialami,
Kita jatuh sakit,
Kita pernah sakit hati,
Kita ragu-ragu dan takut,
Itu tidak mengapa kerana ia dialami aku juga,
Di luar jendela aku termenung,
Jeritan ketidakadilan merata-rata,
Orang gila menjadi raja,
Penyakit Viral dimana-mana,
Syukur..
Aku bukan sebahagian daripadanya,
Banyak yang lebih menderita dari kita,
Berhentilah seketika,
Sunyikanlah jiwa kita,
Bawalah diri jauh dari peradaban dunia,
Kita berteduh di pondok yang hanya ada cerita bahagia,
Senyapkan seketika telefon pintar, 
Bungkus dan tinggalkan di dalam perahu,
Jeti itu sentiasa menunggu,
Tiada kepalsuan sang teknologi,
Tiada propaganda melukai hati,
Tiada politikus rakus,
Yang ada hanyalah kita dan bumi hijau,
Selamat datang ke pondok istanaku,
Temani aku menjenguk dari jendela pondok kita,
Sama-sama tertawa melihat mereka di sana,
Kerenah dunia tanpa sempadan,
Sedangkan sempadan itu merantai mereka yang terbergantung,
Pupuslah harapan dunia nyata,
Segalanya menjadi maya,
Kini tinggal kita sahaja di dunia,
Masih menatap dari jendela,
Sehinggalah malam menjelma,
Kita semua bercerita sehingga pagi menjelma,
Izinkan aku membuka mata,
Ku dapati aku sendiri di jendela,
Sepanjang menulis celoteh ini,
Aku tahu di luar sana ada juga yang merasakannya,
Walaupun aku sendiri,
Ku sedari terbukanya mata ini bukan untuk berjalan,
Tetapi untuk bermimpi,
Dalam celik aku terlena.


Salam sejahtera semua. Thanks sebab ada cuba baca penulisan di atas. Aku ada beberapa keping gambar yang best nak dikongsikan dengan u all. Gambar ini diambil oleh individu yang bernama dot dot dot, ada pada gambar tu. U all dapat baca nama dia, Credits kepada si pemilik gambar sebab aku dah curi dan share gambar hasil kreativiti u dalam penulisan kali ini.

Gambar ni membuatkan aku terkenangkan zaman kecil aku dan mood aku sepanjang tinggal di sarawak. Dapat tak you all bayangkan ketenangan di sebalik gambar di bawah?! Aku betul betul nak cari home stay macam gambar di bawah. Aku rasa, tenang dan dapat luangkan masa 120% untuk mendekati kehidupan sebagai manusia yang sederhana dan BAHAGIA. Jom kita layan gambar berikut. Layan ikut cara Aku Malas.


Pada suatu ketika...

 Hari ke 1. Gambar di atas menampakkan beberpa tembikar besar! Orang Iban panggil benda tu "Bendo" sebut tu macam sebut "benda". Nampak juga Aloe Vera yang ditanam dalam bahan terpakai tu. Tong biru kan? Rumah ni tinggi macam pokok rasanya dan ia membuatkan aku rasa teruja untuk melihat kamu semua berada di bawah tu. Haha! Dinding rumah ni sangat antik gaya pembinaannya, tu diperbuat dari kayu tebelian ke? Super King Kayu Paling Keras di Dunia!! Jika dilihat ke hujung sana, kelihatan hutan menghijau. Ada gumpalan embun menandakan kelembapan kat sini baik untuk pernafasan dan kulit. Best dapat hidu bau rumput di awal pagi.

Malam pertama. Pelita, kalau aku bermalam kat rumah ni, aku akan jaga pelita tu. Main berhampiran pelita tu. Main tiup-tiup pelita lagi best apabila melihat nyalaan api dia melenggok lenggok menari.hehe. Lihat "Benda" tu, nampak antik.. ditambah lagi tikar anyamannya. Saya sanggup bermalam kat sini, cari inspirasi bersama En.Pelita. Panjang cerita dibuatnya.

Hari ke 2. Bangun di awal pagi setelah tidur memang best. Kalau malas cari tandas, jangan pula kencing kat beranda tu! Mentang-mentang tak ada orang.. Inilah dunia yang jauh dari undang-undang. U buatlah apa you suka, ini tema gambar ini. Dunia yang terasing, wow.. aku nak honeymoon kat sini boleh? itu idea aku, tak ada sesiapa yang berhak nak halang impian aku. HAhaha!

Malam ke-2.. Bekalan air masih banyak. Jendela terbuka dan mendengarkan muzik hutan. Cengkerik dan burung malam memanggil bintang untuk turun kemari. Pari-pari wujud ke? kalau tingkap tu dibiarkan terbuka mungkin seorang pari-pari kecil seperti Tinkerbell dalam cerita Peterpan Disney akan lepak join main pelita. Jangan jer terbakar sudah.. Eyy!! Ada bekalan air bersih dalam botol, ada periuk dan dapur. Aku rasa, aku masih mampu stay kat sini lebih dari 10 hari. Lihat atas tu, Gula dalam bekas plastik! Kita makan gula sebelum tidur nak? biar mimpi dan kenangan manis kita mimpikan.

Hari ke 3. Morning, itu yang biasa kita sebut kepada mereka yang kita rasa dekat di hati. Kali ini aku ucapkan Morning kepada pokok pisang. Malam semalam sewaktu aku tidur, aku mendengar daun-daun pisang tu mendesir macam cuba nak beritahu aku sesuatu. Janganlah macam cerita Thailand yang aku tonton dulu, hantu pokok pisang. Alaaaaa... hantu perempuan cantik yang menyedut nyawa lelaki yang ditidurinya. Mati dibuatnya! hahaha! Aku tak takut lah, minyak dan kuali kan ada.. kalau dia datang kita buat cucur pisang cheese lah. #PisangCheeseSedap! #TrendFoodAsia #PisangCheeseAwesome #CisSakitKenaPercikMinyakMasak!! #BanyaknyaHtag

Hai Andui, apa khabar? Aw..aw... tu lah yang aku penggil kat anjing. Kalau panggil kucing meow..meow.. ini anjing, so aku panggil aw..aw.. sebab bunyi dia macam tu lah. Cuba u all sebut aw..aw.. sepuluh kali. Haaaa... kan dah macam anjing kan? Cuba jelir sikit lidah tu.. Amboi, kiutnya. Hahaha! Aku beri nama anjing dalam gambar ni Andui. Nampaknya tak sunyi lah pada malam ke-3 aku nanti. Pandai dia naik tangga tu. Hehe! Anjeng Sarkas ni. Sesat dari Mexico sampai ke Borneo.

Sekian...

Pakan Sarawak Sarikei
Tubai Buah Laman Pakan 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...