AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kawasaki Banyak Jasa Kepada Guru

Salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca penulisan kali ini. Walaupun aku agak sedih disebabkan kucingku yang jatuh sakit namun aku selesa untuk menulis sesuatu dengan harapan dapat menghilangkan rasa suram ini. Kita sudah tahu bahawa pendidikan di bumi kenyalang sememangnya lebih mencabar berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Laluan untuk tiba ke sekolahnya merupakan satu daripada cabaran yang mematangkan semua pegawai disini.

Tidak semua pegawainya mampu memiliki kenderaan pacuan empat roda. Dan tidak semua yang meminati pengembaraan menggunakan kenderaan berbumbung. Tidak bermaksud juga orang yang menggunakan motosikal tidak berduit gara-gara statement yang saya tulis pada awal ayat perenggan kedua ini. Bukan tidak mampu tetapi lebih selesa dengan cara begini. Cara Bermotosikal.. yes, its feel awesome.

Kawasaki KLX 150 merupakan kenderaan yang tidak asing lagi digunakan di negeri ini. Ramai pegawai yang berkhidmat di mana-mana lokasi kawasan pedalaman memilih motosikal ini untuk menjadi kenderaan tercinta mereka. Bukan hanya disebabkan kos penyelenggaraan yang murah dan tidak menggunakan minyak dengan begitu lahap malahan jentera ini kelihatan bergaya dan selamat ditunggang tanpa mengira keadaan jalan atau muka bumi. ( asal tak ride dalam sungai je la.. )

Accessories dan kelengkapan serta alat ganti untuk jentera ini mudah didapati dimana mana kedai motosikal yang berhampiran. Tambahan pula jentera ini dapat menggunakan alat ganti daripada motosikal modenas. Sebagai contoh one way bearing penghidup elektroniknya sama dengan bearing Modenas Jaguh.

Memperkenalkan abang kita dua orang ini yang sedang berusaha untuk balik menemui keluarga yang tersayang.
Helmet warna merah dari jauh kelihatan seperti buah rambutan jika menunggang di dalam hutan.
Kelihatan lebih bergaya seperti seorang pengembara yang bersedia untuk menghadapi pelbagai dugaan.
Rider kick yang tak begitu menjadi. Dari Cikgu kita. Nama beliau dirahsiakan. Haha!! Biasalah, superhero. Banyak rahsia.
Helmet merah tu Abg Lai. Dari Sarikei, setia berkhidmat di pedalaman. Dia ni hati batu, kuat semangat. Banyak bike dia dah try untuk ke hulu. ( SK Ulu Entaih, Julau )
Kelihatan agak basah baju mereka. Mungkin ada hujan di kawasan pedalaman tadi sebelum tiba di pekan Pakan Sarikei, Sarawak.
Cikgu Ahmad Nazri, seorang guru muda yang bersemangat tinggi. Beliau masih single tetapi mengaku ada girlfriend yang bernama KLX150L Hujau.



0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...