AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Memburu Pokemon

Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang malas ini. Lama aku tak tulis benda dalam ni sebab aku asyik mencari dan memburu pokemon. Maklumlah sejak kecil lagi aku memang bermain mainan ini. Dari GBA sehinggalah NDS sampai hampir terhempas semua nama pokemon dari generasi pertama hingga terkini. Pokemon go merupakan satu wabak dan fonomena pada tahun 2016. Ia bukan sahaja menjadikan permainan satu revolusi yang penuh interaktif tetapi mendorong anak-anak muda kita yang suka berkurung main game keluar dari rumah. Aku ada terbaca satu artikel menceritakan tentang pengalaman seorang lelaki di eropah, hilang berat badan sehingga 15 kilo disebabkan berjalan tiap hari mencari pokemon. Tak kurang juga aku ada mendengar kemalangan yang disebabkan kecuaian pengguna aplikasi tersebut. Pokemon go tidak bersalah tetapi pengguna itu yang bersalah kerana tidak tahu batas penggunaannya. Haha!!
Bersedia untuk memburu pokemon
Susah nak cari Pokestop di Pakan.Sarikei.Sarawak.
Pikachu muncul!!!
Tackle attack!!
Mainan jer..hehehe.

Aku main Pikemon Go pun bukan fanatik sangat. Sekadar nak cuba2 saja. Aku join team Instinct. Level masih kecil.. tak der pokestop.. baik aku layan Bike. Bye2.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...