AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Pekan kecil namanya Pakan Episode 1

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ini. Lokasi terbaik untuk aku mencari kehijauan dan ketenangan bukanlah bandar raya mega atau hutan belantara. Tetapi, lokasi yang cukup untuk membawaku hanyut dalam masa tanpa ganguan kesesakan dunia moden. Maka, aku mewujudkan mood riding yang santai. Sampaikan dapat baring tengah-tengah jalan sebab terlalu cool dunia ini. Tenang.

Pakan. Pekan Pakan 96510 Julau, Sarikei Sarawak. Ini yang berkaitan dengan lokasi ride sempoi ini. Dunianya terletak di tengah Sarawak. Lengkap kemudahan asasnya. Ada sekolah, klinik, GYM, masjid, gereja, gelangang futsal, Stadium sukan, balai polis, bengkel, kedai makan, kedai runcit, ada line phone dan pusat penapisan airnya.

Populasi di sini sangat lengang. Memang tenang dunia di sini jika kita ingin mencari sesuaiu yang santai. Kes kenayah boleh dikatakan 0% dalam setahun. Rasanya aku akan post lagi penulisan tentang Pakan pada masa akan datang.

Soalan umum yang akan dijawab:

1. Apakah maksud Pakan?
2. Logo / Simbol / icon Pakan?
3. Jarak dari lapangan terbang?
4. Aktiviti tahunan?
5. Identiti Pakan?
6. Makanan minuman istemewa?
7. Lokasi menarik?

Sekian sahaja penulisan simple kali ini. Thanks to Mr.Daniel from Politeknik Betong sebab request tajuk berkaitan Pekan Pakan. Nescaya, pada mada yabg akan datang aku akan post lebih banyak tajuk berkaitan dengan Pakan. Sekian.

Blending with nature.
Parking macam ini boleh? Cari high speed wifi di sini. Its free.
Hujung sana klinik dan SK Ng Pakan.
Ya,aku lepak area ni. Malas dah nak gerak. So gambar area Pusat Jalur lebar.

2 Comment:

mamamo said...

nice blog.. can't wait to know more about Pakan (my hometown)

Chrisroyston Bakum said...

@mamamo terima kasih kerana telah meninggalkan komen dalam penulisan di atas. Banyak yang ingin aku tulis tentang Pakan. Antaranya adalah, kompilasi gambar pakaian pada awal tahun 1980 an. Air terjun tercantik. Suasana di pasar pekan pada hujung minggu. Kawasan tarikan di pekan Pakan. Dan banyak lagi.. tapi setakat ini aku cuma rajin menulis perkara berkaitan dengan makanan yang sedap di Pakan.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...