AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Pertama kali makan Laksa

Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku malas.  aku ni bukanlah penulis yang suka mengulas topik berkaitan dengan makanan. Namun untuk kali ini aku relakan jari-jemari ini menulis tentang 1 menumeyanertama kali makan laksa yang kali pertamanya aku rasakan dalam hidupku.

Pelbagai jenis masakan dan makanan yang terdapat di kawasan setempat area sarikei sarawak. Pakan juga menyedikan menu masakan yang biasa kita nikmati di mana-mana kedai makan / cafe. Aku pernah mendengar beberapa nama laksa yang terkenal antaranya adalah laksa sarawak dan laksa Pulau Pinang yang pasti apa-apa yang berkaitan dengan laksa sememangnya pedas dan berasap. Namun kali ini aku mencoba laksa Paris. Walaupun namanya sedemikian rupa tetapi ia bukanlah masakan eropah. Gara-gara nama kedai berkenaan adalah Paris Cafe, maka Laksa Parislah namanya.

Paris Cafr. Ada bahagian Halal.
Bahagian hadapan kedai baru.
Isi ketam
Orang insan yang tidak tahan makan pedas aku rasa ini sangat sesuai dan sedap. Rasa berlemak santannya menjadikan mee tersebut lembut dan kepedasannya menyerap dengan perlahan. Sehingga manis isi idang dan ketam timbul terlebih dahulu di dalam mulut.

Pada harga Rm4.50

Ia sememangnya pengalaman yg best!!

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...