AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Meneroka Hijaunya Dunia Pakan

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Aku Malas. Pelbagai jenis hobi dapat kita ceburi di dalam dunia ini nama aku mewakili golongan yang meminati motosikal tanpa mengira motor itu berkuasa tinggi atau kecil sangat berbesar hati berkongsikan pengalaman di dunia yang kecil ini.

RIDE KE AIR TERJUN KUJI DI PEKAN PAKAN

Pekan Pakan merupakan sebuah pekan yang kecil terletak dalam bahagian Sarikei di daerah Julau. Di sini terdapat banyak tempat yang belum lagi diterokai oleh pengunjung dari luar. Pekan ini merupakan tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi kepada para pengunjung yang ingin merasakan sesuatu yang baru dan berkonsepkan luar bandar


Air terjun di sini merupakan antara tarikan para pengunjung. Ramai Yang tidak mengetahui akan lokasi ini. Baru-baru ini tadi beberapa orang pelumba motosikal berkuasa besar telah menjenguk lokasi ini dengan bantuan orang tempatan yang membawa mereka ke lokasi berkenaan. 


Mereka juga sempat bergambar di hadapan arca yang melambangkan pekan ini. Buah Pakan merupakan sejenis buah yang hampir menyerupai buah durian. Ramai yang menganggap buah ini adalah buah durian sedangkan ia adalah sejenis buah yang berbeza rasa dan baunya jika dibandingkan dengan buah durian. Hehe. 


Di kawasan air terjun ini juga terdapat sebuah pondok yang dijadikan sebagai tempat untuk menjual sayur sayuran segar yang ditanam tanpa menggunakan baja atau bahan kimia. Walaupun sayur tersebut kecil namun ia kelihatan lebih hijau dan segar kerana ia dibesarkan Menurut keadaan semulajadi bukannya dipaksa membersar dengan bantuan bahan kimia. 


Kita berharap lebih ramai pengunjung yang datang kesini untuk melawat pekan yang kecil dan jauh dari kesesakan bandar. Tidak kira sama ada anda menggunakan kereta atau motosikal pastikan anda menjaga keselamatan sepanjang perjalanan ke sini kerana jalannya kecil dan berliku. Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...