AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Istemewa si Merah dari Google


Seorang penulis cerita kanak-kanak pada zaman romantisme kelahiran German diingati semula dengan sentuhan menawan Google. Salam sejahtera kepada semua, jom kita saksikan 21 keping slide gambar dari google page. Anda akan mengetahui kisah ini dengan hanya melihat gambar itu sahaja. 






















Untuk pengetahuan anda "Sleeping Beauty", Hansel dan Gratel di rumah roti, Si peniup serunai dan  Tikus, serta banyak lagi cerita kanak-kanak yang telah dijadikan cerita animasi Disney adalah hasil karya  Grim Bersaudara kelahiran German. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik sini. Bye2. (^__^)

Klik juga http://aku-lazy.blogspot.com/2012/10/istemewa-google-15-okt-today.html (15 Okt 2012 yang istemewa dari Google) 


Penyakit buah pingang yang gerun.

Salam sejahtera kepada semua yang menbaca blog ini. Kita sering leka dan lupa akan lemahnya badan kita takala terdedah dengan penyakit. Di sini aku nak kongsikan sedikit maklumat mengenai sejenis penyakit yang disebut polycystic kidney disease dalam bahasa inggerisnya. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, silakan klik pada sumber maklumat di bawah entri ini. Maaf kalau bahasa yang aku guna tak memnuhi standart bahasa perubatan. Kan aku dah kata, aku just nak kongsikan sikit-sikit maklumat, aku bukannya nak buat ceramah pun. HAhaha! well selamat membaca.

Buah pingang yang mengalami penyakit  polycystic kidney disease

Penyakit ini berkaku disebabkan mutasi genetik. Ia juga dikatakan diperoleh melalui faktor keturunan. Tidak ada banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk membantu pesakit. Biasanya pembedahan untuk mengeluarkan buah pingang yang rosak akan membantu memanjangkan hayat pesakit.

Keratan pada buah pingang yang menunjukkan lubang gumpalan cecair

Keadaan buah pingang yang teruk

Perbandingan antara buah pingang normal (Kiri) dan memiliki masaalah (Kanan)

Keadaan perut pesakit yang dipenuhi oleh buah pingang yang kian membesar

Buah pingang yang mengalami penyakit genetik ini akan berubah bentuk disebabkan gumpalan cecair yang terbentuk di luar permukaan organ berkenaan. Pada peringkat kritikal, buah pinggang ini boleh membesar sehingga 20 kali ganda saiz asal. Kegagalan buah pingang untuk menapis toksin di dalam badan mendatangkan kematian yang perlahan dan menyiksakan. Disebabkan pembesaran melampau buah pingang terjadi, ruang untuk bernafas dan usus menjadi kecil. Masaalah pernafasan dan penghadaman berlaku dan mendorong kepada keadaan fizikal yang lemah. Keadaan ini menyukarkan pesakit untuk pulih dari mana-mana serangan penyakit.

Buah pingang yang memiliki masaalah telah berjaya dikeluarkan.

Anda juga mungkin minat untuk membaca 4 entri yang aku tulis mengenai penyakit juga seperti di bawah. Jangan segan dan jangan serik. Klik pada gambar di bawah untuk baca:





Sumber:


Langit di desa Pakan Sarikei

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Lebih satu bulan dah aku meninggalkan bandar raya Miri untuk balik bercuti ke kampung. Sebelum ini aku sememangnya belajar di IPGKS Miri. Namun panggilan rumahku di Pakan Sarikei sentiasa bermain di mindaku setiap kali musim cuti tiba. Di sini aku nak kongsikan beberapa kemping gambar di desa yang jauh dari bandar besar. Sekian. Bye2. (^__^)





Aku lelaki penternak kucing

Salam sejahtera kepada anda yang berada di luar laptop tu. Takala aku memerhatikan hari kaian berlalu, adakalanya komputer dan internet tidak dapat memenuhi rasa geram dan manja yang terpendam di dalam jiwa kelelakian ini. Kalau aku dah beristeri senang la nak meluahkan rasa manja ini, so.. semasa masih bujang ni, aku meluahkan kegeraman aku melalui kucing kesayangan aku.

Jangan fikir yang bukan-bukan, aku tak buat hubungan fizikal dengan kucing!!Haram beb!! Aku nak luahkan kegeraman aku melalui ganguan ganguan. Hahaha!aku selalu cubit pipi kucing aku ni, namun dia tahan jer... wow.. kadang kala aku pulas-pulas misai dia, makin suka pula dia. Well, aku rasa aku sangat selesa dengan kucing.. dah kerja nanti berapa ekor kucing aku perlu ada? Jom hayati gambar kucing aku yang bernama Phanny di bawah entri ini. Sekian.. Bye3. (^__^)




Gambar di belakang rumah.

Salam sejahtera, dunia aku bukannya di bandar sebenarnya, walaupun begitu aku telah meluangkan banyak masa di bandar Miri memandangkan aku study di IPGKS Miri. So, tak salah kalau kali ini aku kongsikan sebahagian kehidupan aku semasa di rumah semasa musim buah (Sarawak). Seronok melihat mak dan ayah mencuba buah yang baru diperoleh.

Suasan petang yang sejuk di rumah

Kucingku 2 ekor sedang berehat di petang yang sejuk.

Durian beberapa guni.

Teka, buah apa tu?

Nak buat tempoyak kot?

Sekian sahaja, Bye2. Jangan lupa untuk luangkan masa dengan keluarga yang tersayang. Walaupun kerja berlambak, apa salahnya call sekejap atau msg sekejap dengan mak dan ayah.

Lirik Lagu Ciptaan Aku Malas

Salam sejahtera, ni aku sengaja postkan di sini lirik lagu sebab aku tak ada tempat nak tulis lagi, buku lagu dah penuh laptop rasanya backup. So, blogspot adalah paling selamat, sebab kalau laptop aku kena format, lagu ini masih ada kat sini.

Tajuk: Mendekatimu
Ciptaan/Lirik: Aku Malas

Sejauhku lontar pandangan,
Matakuku tersekat oleh jarak,
Maka aku terbangkan jiwaku,
Menghampirimu yang ku sebut nyawa,

Lalu ku berdoa dan berharap,
Agar benua kita disatukan,
Awan kita ditemukan,
Kongsikan udaramu yang mencambah hatiku,

cor:
Lalu kita terpejam,
Dalam diam dirimu di dalam pelukkanku,
Ku hayati wajahmu,
Selami hatimu,
Sesuatu yang ku selalu tunggu,
Sepanjang hayatku..


Welcome to Malaysia!

Hello everyone! Today I wana post some pict in this Blog and all of it is about Malaysia! Hey!! Its kind of weird when Im suddenly use English Language in this Blog! Oh My English! hahaha! Well! Enjoy the pict! Its all about Malaysia.

Ok, apa yang aku rasa mengenai Malaysia? Aku sangat menghargai keamanan yang ada di dalam negara ini.

 Budaya dan amalan tradisional masih dipelihara.

 Kuala Lumpur Ibu negara Malaysia. Terdapat bandar raya yang besar dan ia masih memiliki unsur tradisi.

Bangunan bersejarah menghiasi muka bumi.

Rama-rama Rajah Brooke dan banyak lagi organisma unik.

Tumbuhan / Bunga gergasi! reflesia flower

Gunung Kinabalu yang megah dan menyediakan cabaran.

Kuching Sarawak Ibu negeri Sarawak!

Zoo Lok Kawi di Sabah menanti.

Sekian sahaja kali ini. Have a great day! Bye2!! (^__^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...