AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>.<) Bluek!! Diary!

Damn!siapa yang buat diary tu?di kalangan kita semua hanya beberapa orang je yang rajin  buat diari. Apa specialnya buat diary? sebagai peringatan dan kenangan? sebagai komitment dalam kehidupan kot.. well..dalam diari tu.. Kita akan dapat meluahkan banyak perkara. Seperti ada orang yang u all minat, lekas2 namanya ditulis dalam diari, sehingga bab perasaan dan makan minum paun nak ditulis!! Kalau ada orang yang dibenci,memang lekas juga kita luahkan perasaan dalam tu.Hahaha!x apa..yang pasti penggunaan diary sangat penting.. Bagi mereka yang menghargai saat2 berada di dunia. Diari adalah catatan kehidupan, Yang bermakna dan bersejarah dalam konteks peribadi seseorang.
My diary, a cheap one!! but..when there is no one want hear my voice..let me shout in the book. (^^)

(=,=) Pernantian bermula?

Siapa yang akan cuba faham?Jika hidup ini pehun dugaan..dalam usaha memiliki sesuatu yang sangat kita hargai.Bukan keadaan yang membentuk kita, melainkan kita yang memilih untuk melalui semuai itu. Jika aku diberi pilihan untuk menyerah dan meneruskan perjuangan.. Aku akan memilih untuk meneruskan perjuangan itu. Sekiranya impian itu masih ada dan masih wujud. So, saya minta u all cari Secret That Cannot Be Told
Composer: Jay Chou (周杰倫) (周杰伦) Lyricist: Vincent Fang (方文山) (方文山). Hayati dan..Hehehe.. You all will know. Music can reshape our mentality.
Hey, aku bukan peminat penyanyi ini. But, some of his songs really inspire me. Look at his biodata, dia agak berbakat dan memiliki pelbagai kebolehan dalam dunia hiburan. Well, walaupun x minat... tetap juga ambil yang baik untuk dijadikan pedoman.

(=.=) Blogging?

Argh.. banyak orang buka blog untuk...untuk...syok sendiri, saya macam mana pula? ada la sikit. ada buka blog untuk perniagaan dan mendapatkan pendapatan. Ada juga yang buka blog untuk membantu orang dengan inspirasi mereka, untuk dikongsikan sesama manusia. Wahhh.. so, jika orang tanya saya.. Ke'Nape Sa'ye (kenapa saya) buat blog? ok..Mudah sahaja.. berikut adaah jawapan saya:
1. Diary untuk saya buka.
2. Untuk melatih jari2 ni menaip.
3. Cari kawan kot.. semestinya.
4. Minta perhatian.
5. Berkempen.
7. Buang tebiat
8. New Hoby?
9. (~,~) erk... better choose something to speak... To be the main motif... What about ARt? Nice..
Menulis beberapa cerita yang terlihat la. Ada yang tak kena tu kena juga share. Yang betul diteladani.

(^^)My new Headings.

Saya mendapat inspirasi daripada perkataan yang sangat mudah di atas laptop atau mana2 papan kekunci.Lepas ni nak masukkan tikus tikus a.k.a tetikus. Well,isu kali ini adalah...Aku bangun pagi dan menulis msg kepada seseorang. Kemudian aku mendapati msg aku gagal dihantar.Eyhh!!x mungkin kredit ku habis. Setelah bersoal jawab dengan gang, baru ku tahu ada masaalah talian telekomunikasi. Aduh, mengapa ini semua harus terjadi. Hahaha. Jika masaalah ini masih belum selesai dalam masa 1 jam. Memang rugi la syarikat berkenaan sebab jutaan msg x dihantar dan ribuan panggilan tidak akan dibuat pagi ini. Hehehe.. :)
In my folder. Take some picture and edit it!! (>,<)
Ambil kamera dan snap-sana sini. Dapat la original design by Me for my new headings. Well, lepas ni aku nak lihat apa benda yang nak ditulis. dan persoalan aku pada diriku hari ini adalah. Apakah tujuan blog QWERTY ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...